Wednesday 10 July 2013

Air mata di hari bahagiamu.


Alangkah hancur dan berkecainya hatiku,
Bila ku terdengar berita perkahwinanmu,
Gementar hatiku diam tak terkata, menahan sebaknya didada,

Tahukah engkau sesungguhnya hati ini masih lagi menyayangi dan merinduimu,
Belumpun sempat ku membalut luka
Kau menambahkan lagi kelukaan ini,
Sampai hatimu

Setelah kian lama terpisah ku harap akan bertemu lagi,
Puaslah aku menunggumu namun kau masih membisu
Rupanya engkau sudahpun ada pengganti diriku,
Patutlah kau dah tak pedulikanku
Berderai air mataku mengiringi hari persandinganmu,
Walaupun pahit kenyataan ini, terpaksa aku hadapi
Kenangan lalu terimbas kembali, terhiris hatiku,
Kau masih ku sayang.


Kau masih ku sayang.

Friday 10 August 2012

A Separation of Heart


It's not love that I can't live without,
I just can't go on witout him,
Let me cry away this sorrow..

He appeared and healed my pain,
He taught me meaning of love,
But everything isn't as beautiful as I had imagined.

He is the one I want,
He is the love my heart yearns,
But now it is just a distant memory,
A separation of hearts.

I must get him out of my mind,
Let everything fade away,
But this heart of mine just won't let you go..


Sunday 3 June 2012

Remember you..

If we never make it back,
To what we used to be,
I hope you know I tried to give you all my life..

I don't wanna wake tomorrow,
If our memories filled with sorrow,
I rather smile when I'll remember you..

If you find someone that can love you right,
I won't stand in your way,
I won't even fight, no!
I don't forget, always remember you..

Like the sun will rise,
As the season change,
I'll walk trough life, till the very end,
I don't regret, always remember you..

Remember you.. <3


Wednesday 21 December 2011

Hati ini berbicara..

Assalamualaikum,,cerita Jiey yg trbaru,,(tp x siap lagi)


Hari semakin menginjak ke malam. Waktu yang berlalu terus berlalu tanpa pernah berhenti walau sesaat. Begitulah hakikat perjalanan kehidupan manusia. Hidup harus diteruskan. Masa berlalu silih berganti tanpa pernah berhenti. Kehidupan manusia juga seperti masa yang berterusan dan tak bisa berhenti wlau apapun yang terjadi. Hidup mesti diteruskan.

Azira masih merenung ke langit tinggi. Mengamati taburan bintang-bintang yang membentuk zodiak yang cukup menarik. Memerhati keindahan cahaya bulan sambil membayangkian dirinya bagaikan sang pungguk yang merindukan sang bulan. Begitu indah ciptaan Ilahi. Azira bertafakur. Merasa dirinya amat kerdil di sisi pencipta alam yang Maha Kuasa.

Sambil mengamati keindahan ciptaan Ilahi, Azira mengimbau kemnbali kisah lalunya yang penuh suka duka. Namun tidak pernah sesekali dirinya menyalahkan ketentuan takdir Yang esa. Mungkin itu yang terbaik untuk dirinya. Suka duka yang dilaluinya selama inilah yang membuatkan dirinya matang dalam mengenal erti sebuah kehidupan. Berkali-kali keluhan berat dilepaskan. Beratnya bagaikan beribu-ribu batu yang menghempap di dadanya.

Meski dilanda berbagai-bagai kisah duka, namun Azira tetap tabah kerana dia yakin Tuhan yang menentukan semuanya dan setiap ketentuan Tuhan itu pasti ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Walau dirinya tampak sempurna pada pandangan zahir manusia ramai, namun hakikat sebaliknya.

 Azira bergelar doktor pakar, mempunyai kereta sendiri kemana sahaja pergi, punya rupa yang agak menarik, memiliki perwatakan yang bersopan, selalu melemparkan senyuman manis kepada semua orang di sekeliling,namun tak siapa sangka, di sebalik senyuman manis itu tersirat seribu satu rasa bercampur baur dalam hati. Azira mengeluh.

                                                                *             *             *             *             *

Seawal jam enam setengah pagi Azira sudah siap menghidangkan makan pagi di dapur sambil menantikan kehadiran tiga orang ‘jejaka malaya’ yang sentiasa menjadi heronya.

Aiman, abang ketiganya  turun ke dapur sambil menguntum senyum buat adik tersayang.

“Along dan Achik belum turun?” Tanya Aiman yang lebih mesra dipanggil Achik.

“Belum. Sebentar lagi turun lah mereka berdua. Bukan Achik tak kenal, Along dan Angah memang selalu lewat.” Balas Azira.

Sebentar kemudian kelibat Alif turun bersama Azman. Semuanya kelihatan segak untuk ke tempat kerja masing-masing.

“Selamat pagi. Awal breakfast,  student pun belum datang lagi.” Sindir Azira kepada kedua-dua abangnya yang bekerja sebagai guru di sekolah yang sama.

“Oh, Doktor Azira! Memang kami awal hari ni. Tadi plan nak ke sekolah pukul 8 pagi. Waktu persekolahan bermula pukul 7.45 pagi, tapi kami memang selalu pergi awal.” Balas Alif, yang mesra dipanggil Along. Kata-katanya tersirat penuh sindiran balas. Azira mencebik. Selalunya kalua dia yang menyindir,dia akan tersindir balik oleh abang-abangnya.

“Sudah, Along, Achik, kita sudah lewat ni. Kita sepatutnya berterima kasih kepada satu-satunya puteri di rumah ni yang dah menyediakan sarapan pagi buat kita semua.” Ujar Azman, atau Angah yang berpewatakan lebih serius.

“Jom kita semua bergerak..” ujar Alongnya bagaikan mengarah sekawan askar untuk berperang.

                                                *             *             *             *                            

Di hospital, Azira masih meneliti beberapa fail pesakitnya. Ada yang baru dimasukkan ke wad semalam, ada yang masih memerlukan penjagaan rapid an ada juga yang sudah boleh discharge kerana kesihatan mereka semakin pulih.

Dia membelek satu fail pesakitnya yang baru dimasukkan semalam kerana serangan jantung. Di fail tersebut tertulis nama pesakit, Dato’ Imran b. Arifin. Beliau dimasukkan ke hospital semalam kira-kira jam 2 pagi. Setelah melihat nombor bilik Dato’ Imran, Azira mengatur langkah menuju ke biliknya. Pesakit tersebut sekarang berada di bawah jagaannya.

Tuesday 20 December 2011

Rintihan Sepi..

Assalamualaikum
Lama dah tak update blog. Takde mood sebenarnya. Bila tengok blog orang lain, baru2 ni tgk blog Fahdi,,mmg hebat. Rasa kerdil diri ni. Macam takde prinsip, post benda yang takde faedah. Aku juga ingin menjadai seorang pemburu impian, tapi,, mungkin agak susah bagiku untukku capai dan gapai semua tu dalam keadaan aku..
Senyum yang selalu ku pamerkan, tiada siapa tahu, ia cuma senyum hambar lagi tawar. Pada pandangan zahir, Jiey tertatawa, tapi gtak siapa tahu apa yang ada dalam hati ini.
Sekalipun teman paling akrab dengan Jiey, Adawiah pun tak pernah tahu.. Jiey tak nak orang tahu, biarkan Jiey lalui sendiri semau ni. Perih dan jerih biar Jiey rasakan sendiri..
Ahmad Razikki Rosli, yang dulunya insan yang ku sayang, yang jiey kagum krn snggup menerima diri ini apa adanya, tapi kini cuma tinggal bayang2. bagi Jiey, biarlah ia cuma sekadar mimpi yang pernah hadir di hidup Jiey, mimpi indah. Dan mimpi harus kita tinggalkan selepas kita terjaga, lantas merangkak2 mencari padang realiti.. Inilah yang selalu Jiey katakan,, sememangnya 'SEORANG KARTUNIS DAN NOVELIS TAKKAN MUNGKIN DAPAT BERSATU'.

Ah, biarkan semua tu. Jiey nak bernafas lega. tapi ada pula yang menyesakkan dada bila ada seseorang memberitahu yang,, kehadiran Jiey sekadar menyusahkan dia. Dia malu ada adik cacat seperti Jiey. Hanya kerana Jiey adik dia, dia TERPAKSA tolong jiey.. itu kata2 dari abang Jiey sendiri yang disampaikan oleh orang lain.

Belum habis sesak di dada, ada pula berita dari yang lain. 'biarkan Jiey dengan hal dia sendiri, abah dah tinggalkan sejumlah wang yang banyak untuk dia. pandai2 la dia hidup. Abah tak ada pun tinggalkan duit untuk yang lain. Dia beli kereta, dia ada duit, buat apa lagi nak tolong dia,'..
Luluh hati seorang hamba Allah mendengarkan kata2 begitu dari abang kandung sendiri.
jiey ada 3 ornag abang..sekarang cuma abang sulung yang masih ok dengan Jiey.. Apa salah Jiey? Abah tinggalkan duit untuk Jiey? Dan tak untuk orang lain? kerana itu trjadinya hasad??
orang lain semua dah besar, dah kawin, dah ada anak, Jiey je yang masih belajar, dah tentu Jiey yang paling banyak perlukan duit..

Kalau krn tu, Jiey sanggup gadaikan smua yang Jiey ada, andai itu boleh puaskan hati semua orang.
jiey beli kereta dengan duit jiey, wira aeroback 1.5. kaler silver, second hand edisi tahun 2000 dan keatas, utuk keperluan Jiey..

Hari tu keluar dgn abg Amir, Jiey rasa happy, sebab Jiey rasa seolah2 sesak nafas Jiey semakin ringan. jiey rasa seperti jiey ada abg, biarpun dia bukan abang Jiey.. Andai abang jiey sebegitu...

Jiey bukan nak aibkan abang2 Jiey, tapi ini kenyataan.

Maafkan Jiey andai tak sempat utk bertemu lagi. Jiey dah maafkan semua orang biarpun mereka yang mengutuk Jiey tak pernah pun minta maaf pada Jiey...


Kenyataan sebelun Jiey tutup mata. Mengikut kata dok.. I have not enough time..

Saturday 3 December 2011

Usah

Kau sering sendirian tanpaku, balas mesejku pn kau tak mahu,
Mengapa pula kini nak bicara, bila dah tahu tiada yang sudi,
Tak faham kah bahasa melayu? Nak ku ejakah satu persatu?
Geli dengar, benci ku lihat,
Sudahlah kerna bila ku dah give up..

Panggilan sayang tak ku perlu,
Peluangmu sudah berkali kali ku beri,
Usah lah kau bimbang,
Ia takkan ku ungkit lagi,
Diriku hanya kau hubungi,
Hanya bila kau bosan dan kesunyian..
Hilangkan nomborku, rahsiakan tujumu
Kini tiada lagi ruang..
 
Cukuplah ku buang masa bersamamu,
Pentingkan dirimu semata-mata,
Semuanya tentang dirimu..
Ku syukur akhirnya begini,
Tak perlu lagi ku fikirkan tentangmu,

Saat yang hilang perlu ku kejar,
Yang layu kan kembali segar,
Nak ku alami hidup dan nikmat,
Cukuplah kerna ku sudah letih dengan permainanmu
 
Satu, dua, Tiga, Empat,
Mari sini rapat-rapat,
Dengarkan ceritaku yang tercipta tentang cinta,
Kononnya ingin bersama,
Tapi lumrah dunia, indah membawa ke siksa,
Dikau tak terasa.
 
Tiada guna ku menangis, tiada guna ku bersendiri,
Diriku coretkan puisi dalam hujan, dalam salju,
Aku yang terseksa, dikau yang tak merasa,
Bisikanku, insane yang kecewa.