Monday, 4 July 2011

Kisah Laluku

Selama perkenalan kita bertahun nan lalu,banyak memori tercipta antara kita. Ada yang manis,yang membuatkan kita gembira,dan ada yang pahit,membuatkan kita terluka.

Semuanya adalah episod kehidupan yang harus ditempuhi setiap insan. Memori itulah yang menjadikan kita lebih matang dan mengajar kita erti kehidupan. Tanpa semua tu,kita takkan rasa,betapa kehidupan ni susah,tak semudah seperti yang terlakar di kaca tv.
Namun,semakin hari,kita semakin menjauhi episod kehidupan lalu,lantas semua itu hanya tinggal kenangan kini

Kenangan indah bisa kita hayati,kenangan pahit menjadi pengajaran untuk kita.ia seharusya dibuang jauh dari kotak ingatan kita.

Biarlah ia berkubur sepi,menjadi batu nisan bahawa tiada kisah yang tak meninggalkan kesan duka di hati masing-masing.

Sekarang bukan waktu yang tepat untuk mencari salah siapa,kerna tak ada manusia yang terlepas dari melakukan kesilapan. Termasuk kita.

Ini bermakna kita sama-sama bersalah terhadap kisah kita dulu yang membawa kepada perpisahan kini.

Memang benar saya yang salah atas perpisahan kita,saya yang memutuskan segalanya. Saya yang meninggalkan awak.

Saya yang buat awak tercari-cari arah tuju. Saya yang biarkan awak keseorangan,ditemani kesunyian & kesepian yang membungkam.

Dan kerna itu,awak salahkan saya. Sampai bila-bila pun awak akan tetap salahkan saya. Mungkin tiada ruang kemaafan di hati awak untuk saya.

Tiada lansung tempat untuk saya menebus kesilapan lalu.
Untuk meminta kembali ruang di hati awak yang pernah saya takhluki dulu,itu mimpi sama sekali.

Saya tahu,hati awak sudah tertutup hati awak bagi saya. Anggapan awak pada saya tetap sama,saya tak lebih dari seorang perempuan pengkhianat, yang mempermainkan perasaan orang,yang meningganlkan orang & buat orang tercari-cari.

Walaubagaimanapun,saya tak mampu membersihkan anggapan awak pada saya,kerna itu yang telah awak tetapkan di fikiran awak.

Tanpa pernah awak tahu,apatah lagi menyedari hakikatnya…….

Betapa saya menyayangi awak,dan tak ada siapa bisa menggantikan awak dalam hidup saya. Cinta saya  tak bersandarkan pada zahir,rupa paras mahupun wang ringgit.

Awak terlalu bermakna buat saya. Mustahil untuk saya sakiti & tinggalkan orang yang saya sayangi,tanpa sebab,tanpa air mata.

Sebagaimana saya merelakan kepergian ayah tersayang saya bersama iringan iar mata menemani,Begitu juga saya merelakan perpisahan hadir antara kita.

Kerna kedua-duanya insan yang saya sayangi. Tapi  mungkin awk tak menyedari semua tu,kerna saya tak pernah tunjukkan perasaan saya sebenar pada awak.

Semua tu kerana,dihalang oleh egois saya.

Awak menyalahkan saya kerna awak tak tahu sebab pemergian saya. Benda sudah lama berlalu,saya pun dah tak mahu ingat lagi,tapi untuk membersihkan nama saya,saya akan ceritakan pada awak..

Kerna sayang saya pada awak,saya tak sanggup melihat awak dipersalahkan,sehingga mungkin keluarga awak juga terlibat,saya tak ada pilihan lain.

Selain memutuskan hubungan dengan awak,lantas meninggalkan awak.

Ayah saya mula mencium sesuatu yang tak enak pada anak perempuan bongsunya. Kerana tak mahu terus menipu ayah saya,yang menghantar saya ke sekolah untuk belajar,bukan bercinta,saya putuskan hubungan dengan awak sebelum terlambat.

Awak tak kenal persis ayah saya bagaimana dan awak takkan mengenalinya lagi. Ayah saya seorang yang tegas.

Saya tak nak bicarakan panjang lagi tentang orang yang sudah tiada. Tapi saya nak menafikan kata-kata awak dulu bahawa ‘tak layakkah awak untuk saya?’

Bukan itu yang menjadi masalah. Tak kisah insane yang mendampingi saya itu kaya atau miskin,kacak atau tak,yang pastinya ayah saya takkan terima selagi saya masih bergelar pelajar.

So saya nak awak tahu,ini bukan sebab diri awak.

Saya tinggalkan MATM,dengan seribu perasaan bercampur baur. Apatah lagi kita baru putus dan saya selalu lihat  awak asyik termenung,ia menambahkan lagi rasa bebal di hati saya.

Tapi melihat gelagat wina,tira,saya rasa seolah-olah ingin cepat-cepat pergi. Melihat pada Aimi,Syazni,Hidayah yang teruja nak ambil subject sains,membuatkan saya gembira.

Tapi melihat keadaan awk yang seperti hilang arah tuju,hati saya terasa berat. Mengingatkan kata-kata ayah saya,hati saya jadi berbelah bahagi.

Awak tak tahu betapa saya keliru di persimpangan buntu itu. Tapi saya tetap tersenyum,saya takkan tunjukkan kekeliruan yang bermain di benak fikiran saya.

Saya nak bagitahu satu fakta,selebihnya awk fikirlah logik akal awak. Saya rasa awak kenal saya,seorang pelajar yang sangat-sangat meminati matematik,otak kiri saya lebih cepat dari otak kanan saya. Saya tak minat sains,terbalik dengan awak. Saya akui awak lebih terer dari saya subjet sains. So,kenapa saya beria-ia nak ambil aliran sains? Kalau tak kerana sebab tertentu.

Dan asal sahaja awak tahu,say adi MMP,saya tukar ambik akaun. Sebab otak saya lebih cepat tengok nombor,dari membaca. Subjet biologi yang paling saya menyampah,sebab banyak membaca,kaji sel,,eeii,tak minat.

Itu semua cerita lama. Malas saya nak ingat semula,buat sedih je.

Saya nak tanya awak,kenapa dulu,time saya berada di hospital,awak pergi melawat saya,dan minta untuk sambung kembali kisah kita yang pernah terputus dulu.

Dan saya terima,kerana saya lihat kesungguhan awak,keikhlasan awak menerima saya walau pada masa tu awak datang dan tengok sendiri keadaan saya. Tapi awak masih nekad.

Sepertinya awak sudah melupakan kisah lalu yang menguris hati awak dan memaafkan saya. Tapi kena kini awak kembali mengingkit kisah lalu?? Kenapa gkie,kenapa?

Adakah awak mahu sambung kembali hubungan yang pernah terputus dulu,kerana sengaja mahu melukakan hati saya, mahu meninggalkan saya,dan melakukan apa yang pernah saya lakukan pada awak dulu? Saya harap itu semua bukan niat awak

Saya nak ingatkan kembali kata-kata saya pada suatu masa dahulu,’saya pernah lafazkan kata putus pada awak sekali,dan saya takkan lafazkannya buat kali kedua lagi, dan jika berlaku lagi perpisahan antara kita,itu awak yang melafazkannya’.

Dan awak berjanji untuk tidak melakukan itu.
Cuma sekarang,yang menjadi persoalan ialah,kita sekarang sama-sama single tanpa lafaz perpisahan. Kenapa semua ni boleh terjadi?



  

No comments:

Post a Comment