Thursday, 24 November 2011

Segenggam Tabah.

Assalamualaikum..
'Hidup harus diteruskan, walau cubaan datang bagai menggila'.. Itulah antara kata-kata peransang untuk aku terus hidup hari ini. Meski pelbagai rintangan datang di sepanjang perjalananku, namun ku harus tegarkan kaki untuk terus melangkah. Pernah dulu aku katakan, 'hidup tanpa dugaan bagaikan tiada warna-warni sebuah kehidupan.' 'Andai tiada sebarang cabaran dalam mendapatkan sesuatu, tentu tiada rasa nikmat bila memilikinya.'
Cabaran menduga, meninggalkan duri tajam di sepanjang perjalanan hidupku. Kalau tak pernah rasa sakit pijak duri tajam, kita takkan tahu, betapa tajam duri itu. Apa yang ada depan mata tak sama apabila kita merasainya sendiri.
Ombak menggunung datang menerkamku, harusku kuatkan diri mengharunginya. Ranjau pedih menantiku, harus ku tabah melaluinya. Apa yang ku ada kini sebagai persiapan untukku melalui semuanya hanyalah segenggam tabah yang dipinjamkan Tuhan kepadaku..

Tuesday, 22 November 2011

Masa Lalu

Titisan air mata, terasa kini kering sudah, meratapi masa laluku, yang tak berpihak kepadaku.
Kini engkau ada di mana? Ku tak tahu apa khabarmu. mungkinkah nanti kutemui dirimu yang aku cintai.
Tertulis kisah cerita kita, begitu indah masa laluku. Aku menagis di pangkuanmu, Lalu kau kata kan pertahankan aku.
Dimana kini masa laluku? Apakah kini engkau membaca puisiku? Yang telah kunukil hanya untukmu, sebagai pelengkap cerita hidupku..

Saturday, 19 November 2011

Sebuah Kelahiran..

Hening pagi tanggal 18 November, kedengaran suara azan sayup-sayup memanggil manusia mengerjakan peintah yang Maha Esa. Kamariah bangkit dari tidurnya kemudian bersandar di kepala katil. Dia merasa seperti ada sesuatu yang tak kena. Selepas beberapa minit bersandar di katil, Kamariah menuju ke bilik air untuk mengangkat wuduk bagi mengerjakan solat subuh. Pandangannya sedikit berpinar.
"Maaf Puan, boleh saya ambil sampel air kencing Puan?" Tutur seorang jururawat muda kepada Kamariah sambil menghulurkan botol kosong kepadanya. Tanpa bertanya panjang, Kamariah terus menuju ke tandas. Niatnya untuk mengangkat wuduk terpaksa dibatalkan kerana bimbang akan terjatuh di tempat ambil wuduk yang agak licin dan berair memandangkan dirinya sedang sarat mengandung.
Kemudian Puan Kamariah menghulurkan sampel air kencing kepada jururawat tersebut. Belum sempat jururawat itu berlalu jauh, Kamariah memanggilnya kembali sambil memegang perutnya.
Tepat jam 6.25 pagi, seorang bayi perempuan, sihat tanpa cacat cedera dengan berat 2.6 kg selamat dilahirkan Kamariah. Beliau tersenyum melihat bayinya yang masih merah di pelukannya. Sama seperti ibu-ibu lain, pastinya gembira apabila melihat bayi mereka dilahirkan selamat dan sihat.

Sekitar pukul 8 pagi. Ahmad yang merupakan suami kepada Kamariah datang ke hospital untuk melawat isterinya. Namun sedikit terkejut Ahmad apabila melihat isterinya tiada di katil. Beribu prasangka jahat datang menerjah ke benak fikirannya. 'Dimana isteriku? Apakah dia selamat? Bagaimana dengan kandungannya?' Ahmad bermonolog sendiri dalam hatinya. Tanpa disedari, ada titisan air jernih mula turun dari anak matanya.
"Encik ni suami kepada Puan Kamariah?" Tanya seorang jururawat disitu mengalih pandangan  Ahmad. Beliau hanya mengangguk.
"Puan Kamariah ada di bilik bersalin. Tahniah, encik mendapat bayi perempuan." Kata jururawat tersebut sambil tersenyum. Seakan tak percaya, isterinya kini sudah selamat melahirkan cahaya matanya kerana jangkaan untuk isterinya melahirkan bayi mereka belum tiba.
"Mari encik, saya bawakan encik kepada anak dan isteri encik." Ujar jururawat itu lagi apabila melihat Ahmad dari tadi hanya berdiam sambil tersenyum,

"Terima kasih, Yah kerana memberikan cahaya mata buat kita. Comel anak ni. Boleh abang pegang?" Ucap Ahmad kepada isterinya yang selesa dibahaskan sebagai 'Yah'. Kamariah menghulurkan bayi yang baru dilahirkan awal pagi tadi kepada suami tercinta.
"Iqamatkan bayi kita, bang." Tutur Kamariah lembut. Ahmad hanya tersenyum sambil mengangguk. Lalu diiqomatkan lembut alunannya ke telinta kiri bayi tersebut.
"Abang, apa nama yang paling sesuai untuk puteri bongsu kita ni?" Tanya Kamariah sedikit mengalih tumpuannya terhadap isterinya.
"Abang nak letak nama,, Nur, maknanya cahaya. Erm,, cahaya ornag yang berjaya, ya, Nor Najihan. Apa pendapat Yah?" Tanya Ahmad.
"Cantik nama tu. Yah ikut sahaja mana yang terbaik. Semoga anak kita menjadi seorang yang berjaya di dunia juga di akhirat kelak dan boleh membanggakan kita." Balas Kamariah.
"InsyaAllah. Kita didik dia dengan cara Islam. Supaya besar nanti dia tak terikut benda-benda karut marut ni."
"InsyaAllah bang."
Ahmad kembali menghulurkan bati perempuan tersebut kepada isterinya sambil mengucup mesra dahi isterinya..
                                   *                      *                        *                        *
Tanggal 18 November 1991, di Hospital Raja Perempuan Zainab II, tepat pukul 6.25 pagi, seoarng bayi perempuan seberat 2.6 kg, hasil perkongsian hidup Kamariah dan Ahmad, selamat dilahirkan. Lalu diberi nama 'Cahaya Orang yang Berjaya', atau, 'Nor Najihan'.. Itulah diriku..

Alfatihat buat arwah ayahku tersayang, Encik Ahmad b. Sulaiman yang telah kembali menghadap Ilahi tanggal 20 April 2010, sekitar pukul 12.45 pagi....

Bersama Abah Tersayang
~Jiey akan jadi orang yang berjaya sebagaimana yang abah inginkan, dan akan banggakan abah, meski abah tiada lagi di sunia nyata ini. Jiey rindu pada abah, Jiey akan ikut jejak abah tak lama lagi. Jiey nak jumpa abah, sebab Jiey sayang sangat pada abah.~

Wednesday, 9 November 2011

Something That You Need to Know

There something that I want tou to know, I hope you will be understand. As long as I love you, eventhough you're not believe and I'll never force you to believe all about my says. If you understand my heart, ensure you will kniw about it. I fell so peace everytime we get each other. Angry, love and miss.
Although sometime we fell so hurt and pain, my heart still say 'I LOVE YOU'. Ensure so beautiful this life if you are still and always with me. If I hurts tou, make you cry and sad, please forgive me.. But don't forget me..

Monday, 7 November 2011

Love

 
Love one, not two…
But love the one
Who loves you too..

Love not three, not four..
But love the one
Who loves you more..

Love not five, not six..
But love the one
Who really sticks..

Love not seven, not eight..
But love the one
Who really waits…

Love not nine, not ten..
But love the one
Who will love you ‘til the end..

Andai Aku Pergi Dulu

 
Seandainya...
Malam ini adalah malam terakhirku..
Berikanlah aku sebuah mimpi indah ya Allah..
Mimpi tentang dia....
Untuk sekali dalam hidupku..
Memegang erat tangannya...
Berdendang irama kasih ..
Walau hanya di dalam mimpi..

Seandainya.....
Malam ini..
Adalah terakhir ku dapat berucap kata
Sampaikan padanya...bahwa
Aku amat menyayanginya...
Meski sulit rintangan yang kami lewati..
Pun begitu tak mampu kami hindari...
Tapi dia tetap di hatiku...

Seandainya...
Malam ini adalah malam terakhirku..
Titipkanlah pesan padanya...
Ku mohon hadiah istimewa darinya..
Surah Al-Fatihah selengkapnya..
Dan bacaan Yassin sehabisnya..
Biar kubawa hadiah mulia darinya..
Dan kunantikan dia di kehidupan semula.

fєєℓ fяєє тσ ѕнαяє - ¢ℓι¢к σи ѕнαяє вυттσи
See More