Assalamualaikum,,cerita Jiey yg trbaru,,(tp x siap lagi)
Hari semakin menginjak ke malam. Waktu yang berlalu terus berlalu tanpa pernah berhenti walau sesaat. Begitulah hakikat perjalanan kehidupan manusia. Hidup harus diteruskan. Masa berlalu silih berganti tanpa pernah berhenti. Kehidupan manusia juga seperti masa yang berterusan dan tak bisa berhenti wlau apapun yang terjadi. Hidup mesti diteruskan.
Azira masih merenung ke langit tinggi. Mengamati taburan bintang-bintang yang membentuk zodiak yang cukup menarik. Memerhati keindahan cahaya bulan sambil membayangkian dirinya bagaikan sang pungguk yang merindukan sang bulan. Begitu indah ciptaan Ilahi. Azira bertafakur. Merasa dirinya amat kerdil di sisi pencipta alam yang Maha Kuasa.
Sambil mengamati keindahan ciptaan Ilahi, Azira mengimbau kemnbali kisah lalunya yang penuh suka duka. Namun tidak pernah sesekali dirinya menyalahkan ketentuan takdir Yang esa. Mungkin itu yang terbaik untuk dirinya. Suka duka yang dilaluinya selama inilah yang membuatkan dirinya matang dalam mengenal erti sebuah kehidupan. Berkali-kali keluhan berat dilepaskan. Beratnya bagaikan beribu-ribu batu yang menghempap di dadanya.
Meski dilanda berbagai-bagai kisah duka, namun Azira tetap tabah kerana dia yakin Tuhan yang menentukan semuanya dan setiap ketentuan Tuhan itu pasti ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Walau dirinya tampak sempurna pada pandangan zahir manusia ramai, namun hakikat sebaliknya.
Azira bergelar doktor pakar, mempunyai kereta sendiri kemana sahaja pergi, punya rupa yang agak menarik, memiliki perwatakan yang bersopan, selalu melemparkan senyuman manis kepada semua orang di sekeliling,namun tak siapa sangka, di sebalik senyuman manis itu tersirat seribu satu rasa bercampur baur dalam hati. Azira mengeluh.
* * * * *
Seawal jam enam setengah pagi Azira sudah siap menghidangkan makan pagi di dapur sambil menantikan kehadiran tiga orang ‘jejaka malaya’ yang sentiasa menjadi heronya.
Aiman, abang ketiganya turun ke dapur sambil menguntum senyum buat adik tersayang.
“Along dan Achik belum turun?” Tanya Aiman yang lebih mesra dipanggil Achik.
“Belum. Sebentar lagi turun lah mereka berdua. Bukan Achik tak kenal, Along dan Angah memang selalu lewat.” Balas Azira.
Sebentar kemudian kelibat Alif turun bersama Azman. Semuanya kelihatan segak untuk ke tempat kerja masing-masing.
“Selamat pagi. Awal breakfast, student pun belum datang lagi.” Sindir Azira kepada kedua-dua abangnya yang bekerja sebagai guru di sekolah yang sama.
“Oh, Doktor Azira! Memang kami awal hari ni. Tadi plan nak ke sekolah pukul 8 pagi. Waktu persekolahan bermula pukul 7.45 pagi, tapi kami memang selalu pergi awal.” Balas Alif, yang mesra dipanggil Along. Kata-katanya tersirat penuh sindiran balas. Azira mencebik. Selalunya kalua dia yang menyindir,dia akan tersindir balik oleh abang-abangnya.
“Sudah, Along, Achik, kita sudah lewat ni. Kita sepatutnya berterima kasih kepada satu-satunya puteri di rumah ni yang dah menyediakan sarapan pagi buat kita semua.” Ujar Azman, atau Angah yang berpewatakan lebih serius.
“Jom kita semua bergerak..” ujar Alongnya bagaikan mengarah sekawan askar untuk berperang.
* * * *
Di hospital, Azira masih meneliti beberapa fail pesakitnya. Ada yang baru dimasukkan ke wad semalam, ada yang masih memerlukan penjagaan rapid an ada juga yang sudah boleh discharge kerana kesihatan mereka semakin pulih.
Dia membelek satu fail pesakitnya yang baru dimasukkan semalam kerana serangan jantung. Di fail tersebut tertulis nama pesakit, Dato’ Imran b. Arifin. Beliau dimasukkan ke hospital semalam kira-kira jam 2 pagi. Setelah melihat nombor bilik Dato’ Imran, Azira mengatur langkah menuju ke biliknya. Pesakit tersebut sekarang berada di bawah jagaannya.