09.5 pm, 18 July 2011
Cinta itu punyai banyak pengertian tersendiri yang kadang-kadang sukar ditafsir. Dan kadang-kadang, tafsiran manusia tentang cinta juga berbeza. Mereka mentafsir cinta dari sudut pandangan yang berbeza, atau mungkin juga dari pengalaman lepas yang pernah mereka lalui.
Sama seperti aku, seorang insane yang cuba mentafsir erti cinta dari pandangan aku sendiri. Dari apa yang aku faham tentang cinta melalui pembacaan dan penulisan, dan juga dari pengalaman lepas dan sejarah hidupku tentang cinta.
Aku akui, cinta wujud di dalam setiap hati manusia. Tiada seorang pun yang bisa menolak kehadirannya. Di mana letaknya cinta? Sungguh indah ciptaanj Allah, ia meletakkan cinta di tempat teragung, iaitu di hati. Kenapa aku katakan cinta di hati adalah tempat teragung? Kerana dari hati, segalanya bermula. Dan segala perasaan terletaknya di hati, samaada rasa baik, atau rasa jahat. Tujuan Allah memberikan cinta kepada setiap manusia adalah untuk mencintainya. Pernahkah manusia terfikir, mengapa hati diciptakan satu, tiodak seperti mata, telinga, kaki yang diciptakan dua. Kerana hati yang satu itu diciptakan untuk mencintainya yang satu.
Namun begitu, Allah juga memberi sedikit ruang di hati manusia untuk mencintai makhluk ciptaanNYA selepas para Rasul. Kerna itulah manusia punyai rasa cinta terhadap ibu bapa mereka. Dan bila meningkat dewasa, manusia mula memahami erti cinta dengan lebih meluas. Iaitu mereka mula mengenal cinta sesama makhluk yang berlainan jantina. Itulah cinta manusia yang ingin ku tafsirkan.
Cinta sesama manusia sememangnya wujud di hati manusia. Allah memberi manusia ruang dan kesempatan untuk mencintai sesama makhluk ciptaanNYA. Apabila manusia mula mengenali cinta, bermakna mereka sudah mengenali sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Mereka akan mula mengenali apa itu rasa rindu, sayang, kasih, benci dan dendam. Semua perasaan sebegini akan mula dirasai, bila manusia mula mencintai sesama manusia.
* * * * *
Aku akui, semua ini yang aku rasa sewaktu aku mula mengenali apa itu cinta. Mungkin di kalangan rakan-rakanku, aku antara yang terawal dalam mentafsir erti cinta pada umur 13 tahun. Rasa cinta ini mula aku tafsirkan dan aku jelaskan pada seorang insan yang bagiku istimewa, AHMAD RAZIKKI B. ROSLI.
Kenapa ku katakan ianya istimewa? Kerana dia insane pertama yang mangetuk pintu hatiku, mengajarku erti cinta, lantas memberi ku pelbagai rasa yang datangnya tanpa diundang. Bagiku cinta itu cuma rasa sayang antara dua insane. Tapi itu pengertiaanku dahulu, tanpa aku sendiri yang merasainya. Apabila aku sendiri yang melaluinya, baru aku sedar, betapa rasa itu.
Razikki, insane yang amat ku sayang. Dia buat hidupku terasa amat bermakna. Hari-hari yang kulalui tanpanya terasa begitu sunyi dan sepi. Dan apabila aku mentafsirkan apa itu cinta, hatiku terdetik mengakui, aku amat mencintai dia…
Razikki insan biasa yang ku kenal. Perwatakan dan penampilannya juga biasa, namun ‘aura’nya luar biasa sehingga mampu membuka ruang di hatiku, lalu menjemputnya masuk, lantas menakhluki di takhta hatiku. Dimataku, dia jaguan yang sepantasnya aku banggakan.

No comments:
Post a Comment