16/7/2011
Hari ini adalah hari yang di tunggu-tunggu oleh ku dan juga dia, Razikki, buah hatiku. Berdebar-debar di dada menantikan saat-saat sebegini. Sudah ramai kawanku yang melaluinya, namun bagiku, ini kali pertama, juga bagi kekasihku.
Setelah bertahun-tahun menjalikan hubungan cinta, menanam rasa di hati masing-masing lantas di bajai dengan kesetiaan, maka tumbuh mekarlah ia menjadi pepohon cinta yang subur merendang. Begitulah ibarat kisah cinta Najihan dan Razikki. Bertahun-tahun aku dan Razikki bercinta, akhirnya tibalah hari ini yang aku dan Razikki akan ‘diikat’ dengan talian yang lebih intim. Sememangnya sudah lama aku dan Razikki menanam hasrat yang sama, Cuma di hati belum bersedia.
Sudah ramai kawan-kawanku yang bergelar tunangan orang. Aku tak bisa mengerti persaan bila menjadi tunangan orang. Cuma apa yang aku pasti, dua hati tentu saling merindui dan kasih-mengasihani. Hari ini aku dan Razikki akan disatukan dalam ikatan pertunangan yang direstui oleh kedua-dua belah keluarga, dan seterusnya membawa kepada ikatan pernikahan yang sah. Aku akan menjadi halal untuknya dan sebaliknya.
‘Ah, jauhnya aku mengelamun. Sebenarnya aku cuba menenangkan perasaan yang masih berdebar-debar menanti kehadiran Razikki dan keluarganya. Debaranku kian memuncak. Beberapa helai baju dibelek-belek olehku dalam almari sedari tadi untuk memilih yang manakah paling sesuai untuk dipakai di hari bersejarah buatku dan Razukki.. akhirnya aku memilih baju bewarna krim dan dipadankan dengan tudung bewarna krim. Penampinanku agak bersederhana pada hari itu kerana aku tahu Raziki tidak suka aku berlebih-lebih dalam penampilan.
Hampir berjam-jam keluargaku menunggu kedatangan keluarganya untuk menyuntingku. Namun hingga ke hari hamper petang keluarganya belum muncul. Aku mula berasa resah dan gelisah. Apakah dia dan keluarganya tidak akan datang? Perasaanku berkecamuk.
“Jie, baju ni tak sesuai untuk hari pertunangan Jie dan buah hati Jie. Tukarlah, pakai baju lain.” Tiba-tiba sapa seoraqng temanku dari belakang. Tanpa banyak soal, aku menuruti kata-katanya lantas menuju ke bilik untuk menukar baju.Setelah bertahun-tahun menjalikan hubungan cinta, menanam rasa di hati masing-masing lantas di bajai dengan kesetiaan, maka tumbuh mekarlah ia menjadi pepohon cinta yang subur merendang. Begitulah ibarat kisah cinta Najihan dan Razikki. Bertahun-tahun aku dan Razikki bercinta, akhirnya tibalah hari ini yang aku dan Razikki akan ‘diikat’ dengan talian yang lebih intim. Sememangnya sudah lama aku dan Razikki menanam hasrat yang sama, Cuma di hati belum bersedia.
Sudah ramai kawan-kawanku yang bergelar tunangan orang. Aku tak bisa mengerti persaan bila menjadi tunangan orang. Cuma apa yang aku pasti, dua hati tentu saling merindui dan kasih-mengasihani. Hari ini aku dan Razikki akan disatukan dalam ikatan pertunangan yang direstui oleh kedua-dua belah keluarga, dan seterusnya membawa kepada ikatan pernikahan yang sah. Aku akan menjadi halal untuknya dan sebaliknya.
‘Ah, jauhnya aku mengelamun. Sebenarnya aku cuba menenangkan perasaan yang masih berdebar-debar menanti kehadiran Razikki dan keluarganya. Debaranku kian memuncak. Beberapa helai baju dibelek-belek olehku dalam almari sedari tadi untuk memilih yang manakah paling sesuai untuk dipakai di hari bersejarah buatku dan Razukki.. akhirnya aku memilih baju bewarna krim dan dipadankan dengan tudung bewarna krim. Penampinanku agak bersederhana pada hari itu kerana aku tahu Raziki tidak suka aku berlebih-lebih dalam penampilan.
Hampir berjam-jam keluargaku menunggu kedatangan keluarganya untuk menyuntingku. Namun hingga ke hari hamper petang keluarganya belum muncul. Aku mula berasa resah dan gelisah. Apakah dia dan keluarganya tidak akan datang? Perasaanku berkecamuk.
“This one is suit for you.” Ujar temanku sambil menunjukkan aku sehelai baju kurung bewarna hijau muda.
“Are you sure?” Soalku kembali. Abju yang ditunjukkan kepadaku itu terlalu menyerlah warnanya. Dia hanya menganggukkan kepalanya. Aku mengamnbil baju tersebut dari tangannya bersama sehelai tudung lalu menukar pakaianku.
Rombongan dari Razikki sudah tiba. Aku masih terkial-kial menukar baju. Membetulkan tudung mengambil masa beberapa minit untukku. Sememangnya aku aeorang yang cerewet dalam bab pemakaian.
“Jie, Razikki sekeluarga sudah sampai. Cepat la keluar. Kenapa baru nak tukar baju? Mereka takkan lama di sini. Cepat keluar.” Arah Azhari, abang sulungku.
Aku mencari-cari kerosang yang sesuai untuk warna tudungku. Setelah siap semuanya, aku keluar ke ruang tamu dengan hasrat ingin menyambut kedatangan Razikki dan keluarganya bagi merasmikan ikatan antara aku dan dia.
Setibanya aku di ruang tamu, aku terkejut kerana mendapati hanya keluarga aku sedang berbual sesame mereka. Kelibat keluarga Razikki lansung tidak kelihatan. Aku mula kehairanan.
“Jie, kenapa baru keluar? Mereka semua sudah balik, tunggu Jie lambat sangat.” Ujar ibuku.
Aku terdiam sambil berfikir. Menanti aku mengemaskan ikatan tudungku itu adalah lama baginya? Sehingga dia tidak sanggup menungguku lagi? Sedang aku menunggu kedatangan keluarganya sedari pagi tadi, hinggalah waktu kian menginjak senja.
Sedihku bila memikirkan semua itu. Azan subuh berkumandang menandakan masuknya waktu subuh. Semua mimpi, hayalku dan sedihku hilang dibawa pergi….
* * * *
Bila aku fikir kembali, mimpiku ada benarnya. Ia membwa maksud yang aku dan Razikki tiada jodoh dan tak mungkin disatukan. Dan ia juga member gambaran reality, sememangnya selama ini, hanya aku yang menantinya meski zaman berlalu, tapi dia tidak, seperti yang terjadi di mimpiku.
Aku melepaskan keluhan berat. Kenyataan tak bisa dinafikan. Inilah yang ahrus aku terima. Mungkin mimpi ini salah satu petunjuk bahawa, aku dan Razikki tidak diciptakan untuk bersama. Meski sayangku menggunung, aku harus akur pada ketentuanNya. Takdir yang kau dan aku tak mungkin bersama. Biarlah kita sekadar berteman.
-Jiey-
16/7/2011,08.30pm
