Monday, 1 August 2011

Cinta Tak Terduga

Farah semakin gelisah memikirkan hari itu bakal tiba dua hari lagi. selama ini, dia asyik membilang waktu, kini, tarikh keramat itu semakin hampir dan kian menghampir. Perasaannya menjadi tak keruan. memikirkan masa depannya yang kian kabur, enta bagaimana harus dia jalani kehidupannya selepas ini. Farah semakin buntu dan keliru. Fail yang bertimbun di hadapannya dibiarkan sahaja. sedikitpun hatinya tidak tertarik untuk mengusiknya biarpun dia tahu, fail-fail tersebut harus disemak teliti terdahulu sebelum dihantar kepada Dato' Ibrahim selaku pengurus pejabat. Selalunya Farah menyibukkan dirinya dengan kerja-kerja di pejabat untuk meredakan keresahan di hatinya. Namun kini dia tidak mampu.Fikirannya masih melayang memikirkan masa depannya

Pintu dikuak dengan kuat megembalikannya ke dunia nyata. Farah membetulkan duduknya agar tampak lebih profesional. Dia cuba berlagak kononnya dia sedang meyemak fail-fail di hadapannya. Namun lakonannya lansung tak menjadi.

No comments:

Post a Comment