Cerita ni dah lama aku tulis, dan pernah aku publish kat facebook. Tapi hari ni sekali lagi aku terasa ingin sangat-sangat publish kat blog,,sempena ahri ini,,tanggal 10.10.04..takdir mempertemukan aku dan gkie...
Hari ni genap 7 tahun aku membina impian sendri, bersamanya, namun kini hanya tinggal impian, yang tak terrealisasi..
* * * *
Lamunanku hilang apabila suara nyaring ayah memanggilku. Aku segera mendapatkan ayah sambil membawa segelas air bagi menghilangkan kehausan ayah yang baru pulang dari kebun. Sesekali aku terfikir,kasihan ayah,di kala umurnya kian senja,namun masih mengerjakan tanah peninggalan arwah atukku yang tak pernah ku kenali. Segalanya adalah untuk membesarkan aku dan adik beradikku disamping gaji sebagai guru di sekolah rakyat. Apatah lagi kini ayahku sudah bersara sebagai guru,jadi mata pencariannya bergantung sepenuhnya atas hasil getah yang menitik. Meskipun tanah getah ayah dikerjakan oleh pekerjanya,namun seseakli ayah perlu ‘turun padang’. Namun aku melihat ayah,bukan sesekali ‘turun padang’,tapi tiap-tiap hari. Bagikan sudah menjadi rutin harian ayah.
“Zie,siapa Zack?” Pertanyaan ayahku secara spontan membulatkan anak mataku. Ayah kini duduk benar-benar menghadapku.
Takbir Syawal bergema dari masjid mengajak kaum muslimin menunaikan tanggungjawab solat sunat hari raya. Aku dan keluargaku pulang beraya di kampung. Kami semua bergembira. Aku mencari sedikit ruang waktu ketenangan,untuk melupakan sedikit ‘kesakitan’ semalam.
Aku memandang ke arah kalendar,aku meneliti setiap hari yang berlalu. Kira-kira tinggal tak sampai sebulan lagi persekolahan sesi hadapan akan dibuka. Aku merasakan ada sedikit butir-butir kerimasan bermain di fikikirannku. Lalu aku mengajak Suzie,teman rapatku untuk datang ke rumahku. Petang nan hening itu,Suzie datang ke rumahku. Aku menceritakan hal sebenar kepadanya. Suzie hanya termenung,sedikit terperanjat apabila mendengar keputusanku. Aku nekad! Aku tiada pilihan lain.
Malam itu aku nekad.kisahku harus ada penghujungnya. Suaraku berbaur kerisauan di hujung talian sewaktu aku menelefon Zack. Tanggal 11 disember aku menelefonnya hanya untuk memutuskan hubungan cinta aku dan Zack. Sudah ku agak,Zack terkejut dengan keputusanku yang mendadak,apatah lagi aku hanya memberi kata putus padanya tanpa menceritakan sebab dan situasi sebenar yang sedang aku alami. Bagiku,biarlah semua itu menjadi rahsia dan akan ku simpan hingga hujung hayatku. Namun aku sedikit terkilan apabila Zack seakan-akan tidak dapat menerima keputusanku untuk meninggalkannya lalu menuduh aku pentingkan diri.
‘Kekasihku,maafkan aku tika dan saat ini,andai aku terpaksa memutuskan hubungan kita lantas meninggalkanmu. Namun ketahuilah,aku tiada pilihan lain. Mungkin ia tampak pelik. Kerana hakikatnya,sayangku dan cintaku yang menggunung padamu yang memaksaku memutuskanmu,supaya kau bias hidup bahagia,meski aku tiada bersamamu. Maaf jika bagimu aku mementingkan diri,namun ku ingin kau tahu,realitinya adalah sebaliknya.. Maafkan aku,Zack………-Zira’
Persekolahan bagi sesi baru sudah dibuka. Seperti biasa,aku terpaksa tinggal di asrama kerana jarak rumahku dan sekolahku yang agak jauh. Keputusan peperiksaan bagi sesi lepas juga telah diketahui. Aku menjadi antara pelajar terbaik di sekolah. Aku dan rakan-rakanku yang lain seperti Amy,Shila dan ramai lagi mendapat tawaran ke sekolah yang lebih baik. Kawan-kawanku kelihatan gembira sewaktu menerima surat tawaran tersebut,namun aku masih terasa berat hati untuk meninggalkan sekolah yang telah banyak meninggalkan memori di hatiku.
“Zira,kau nak pindah,sama dengan yang lain juga ke?” Soal Sarah.
Aku tinggalkan sekolah,tempat aku mendapat ilmu,yang menjadikan aku seorang insan yang berguna dengan rasa berat di hati yang menggunung. Aku tinggalkan seseorang yang banyak mengajarku erti kehidupan dengan seribu satu rasa bercampur baur dalam hati. Hanya Allah sahaja yang tahu pengorbananku.
Aku kini sudah berada di sekolah baru. Aku juga harus mulakan hidup baru,tanpa Zack yang selalu’ menyambut’ kedatanganku setiap pagi dengan senyuman bisu.
Di petang nan sunyi,ayah datang ke asrama di sekolah baruku. Pada waktu itu aku tiada di asrama kerana pulang ke sekolah lama atas urusan pertukaran sekolahku yang belum selesai. Hampir sejam ayah dan ibuku menungguku di pondok menunggu.
Aku bersama temanku,Ifrah yang baru tiba di perkarangan asrama terkejut melihat kelibat ayah dan ibuku. Dari jauh aku dapat melihat wajah ayah yang mencuka. Ibu pula hanya memandang kosong ke arahku. Dari raut wajah ayah,aku sudah dapat baca,pasti aku akan dimarahi selepas ini. Aku berjalan menghampiri mereka bersama Ifrah. Aku cuba sedaya upaya menyembunyikan kebimbangan yang bermain di hati. Aku menghulur tangan,lalu bersalaman dengan ayah dan ibuku sambil tersenyum.
“Zie,study ke termenung?” Satu tangan lembut teman sebilikku meneyentuh di bahu,membawa aku kembali ke dunia realiti. Suatu realiti yang sekarang aku sudah bergelar pelajar universiti,bukan lagi pelajar sekolah. Aku juga sudah kehilangan salah satu anugerah Tuhan yang pernah diberikan lpadaku suatu masa dahulu. Aku kini lumpuh.
Aku mengusap lembut di belakang badanku. Bagaikan masih terasa tamparan ayahku padaku suatu masa dahulu,namun kini yayku telah kembali menemui penciptanya. Sedikit perasaan terkilan ku apabila memikirkan,inilah tamparan pertama dan terakhir dari ayahku,hanya kerana melindungi seorang lelaki yang kini sudah jauh dariku. Aku melepaskan keluhan berat di dada.
Hari ni genap 7 tahun aku membina impian sendri, bersamanya, namun kini hanya tinggal impian, yang tak terrealisasi..
* * * *
Lenaku dikejutkan dengan bunyi deringan telefon. Aku sudah dapat mengagak,siapa di talian. Aku segera bingkas bangun dan terus berlari ke ruang tamu untuk menyambut panggilan tersebut sebelum ibuku yang menjawabnya. Ternyata tekaanku tepat sekali,siapa lagi yang menelefonku di pagi hari minggu sebegini kalau bukan buah hatiku,seorang insan yang mesra ku panggil Zack.
Zack temanku disekolah. Perkenalan kami yang sesingkat itu telah membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Namun sifat maluku yang menebal membuatkan kami tidak ‘semesra’ pasangan lain di sekolah. Hanya telefon menjadi penghubung kepada hubungan kami. Itupun hanya di hari minggu kerana aku tinggal di asrama,dan aku tidak menggunakan telefon bimbit pada waktu itu. Itu semua kerana peraturan ayah yang tegas telah menetapkan. Namun begitu,kami tetap dipandang sebagai ‘top couple in the year’. Kami sering jadi bahan ‘gelaran’ di antara pelajar di sekolah. Mungkin kerana nama kami yang hampir serupa,iaitu Zira&Zack,atau selalu dipanggil,’double Z’.
Teman seasramaku Sarah,yang juga teman baikku yang selalu menjadi ‘posmen’ antara kami. Biarpun aku dan Zack tidak seperti pasangan lain,namun aku bersyukur atas perkenalan aku dan Zack. Dia selalu memberi semangat tika aku kehilangan,memberi aku kekuatan tatkala aku diuji,dan mengajarku erti sebuah kehidupan. Hidupku yang dahulunya sunyi,kini terasa berteman. Meski Zack tidaklah selalu disisiku,namun aku selalu merasa kehadirannya.Lamunanku hilang apabila suara nyaring ayah memanggilku. Aku segera mendapatkan ayah sambil membawa segelas air bagi menghilangkan kehausan ayah yang baru pulang dari kebun. Sesekali aku terfikir,kasihan ayah,di kala umurnya kian senja,namun masih mengerjakan tanah peninggalan arwah atukku yang tak pernah ku kenali. Segalanya adalah untuk membesarkan aku dan adik beradikku disamping gaji sebagai guru di sekolah rakyat. Apatah lagi kini ayahku sudah bersara sebagai guru,jadi mata pencariannya bergantung sepenuhnya atas hasil getah yang menitik. Meskipun tanah getah ayah dikerjakan oleh pekerjanya,namun seseakli ayah perlu ‘turun padang’. Namun aku melihat ayah,bukan sesekali ‘turun padang’,tapi tiap-tiap hari. Bagikan sudah menjadi rutin harian ayah.
“Zie,yang kamu berdiri terpacak di situ tu,kenapa?” Soal ayah mengejutkanku. Aku beralih merapati ayah lalu menghulurka air untuk ayah.
“Maaf ayah.” Ujarku perlahan sambil tersenyum. Ayah mencubit mesra pipiku. Aku masih tersengih seperti kerang busuk.
“Zie,ayah ada sesuatu nak tanya pada Zie.” Ayahku mulakan bicara setelah letihnya hilang.

“Zia ada berhubung dengan siapa-siapa tak? Dalam waktu Zie cuti ni,bil telefon melambung tinggi. Bulan-bulan sebelum ni tak pun macam ni. Ayah tengok,nombor sama sahaja yang didail. Zie ada telefon siapa?” Suara ayah masih mengendur. Aku pula semakin menggelabah,namun kucuba untuk menyembunyikan kerisauan yang bermain di fikiranku.
“Kawan Zie,ayah.” Ringkas jawapanku dengan harapan ayah tidak bertanya panjang lagi. Namun jangkaanku meleset sekali.
“Kawan? Betul ke kawan? Kalau kawan,takkan sampai hampir sejam telefon. Takkan la hampir setiap hari pula tu.” Ujar ayah. Aku terdiam.
“Zie,ayah tak pernah ajar anak ayah menipu. Lebih baik Zie terus terang,daripada ayah dapat tahu sesuatu yang ayah tak mahu tahu.” Suara ayahku sedikit tegas lalu meninggalkan aku sendiri yang masih berteleku di birai pintu. Fikkiranku merawang jauh.
Tidur pagiku dikejutkan dengan suara ibu yang mengejutkanku untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama. Aku bingkas bangun sambil menahan mulutku dari menguap. Selesai megangkat wuduk,aku segera ke ruang solat,kelihatan ayahku,ibuku dan abangku sudah bersiap sedia untuk bersolat. Nampaknya aku yang terlewat.
Pagi itu abangku terpaksa ke sekolahnya. Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran baru bermula. Kini tinggal aku dan ayah bersama ibuku di rumah. Rasa bosan menyelubungi diri. Rasa rindu juga menghantui fikiran.
“Kawan.” Jawabku perlahan sambil menguis-nguis pasir di kaki. Tak berani rasanya untukku menatap wajah ayah. Namun aku tetap berlagak tenang.
“Zie,ayah tak pernah ajar anak ayah menipu. Ayah memang tak percaya kalau Zie kata Zack hanya kawan Zie. Kalau kawan,takkan hampir setiap hari telefon. Sampai tengah malam. Cuba Zie cerita pada Ayah. Aku masih terdiam seribu bahasa. Kelu rasanya lidah untuk berbicara.
“Kalau Zie tak mahu bagitahu ayah,tak apa. Tapi ayah takkan teragak-agak untuk pergi jumpa dengan budak bernama Zack tu.” Nada suara ayah semakin keras.
“Apa ayah nak buat?” Aku masih bertanya walau dihati menyimpan segunung kebimbangan.
“Ayah nak ajar dia. Ayah tak mahu berlaku benda buruk pada anak ayah.” Kata-kata ayah bagaikan memaku diriku sejenak. Ayah bingkas bangun. Namun sempat aku menahan ayah dari berlalu.
“Ayah,dengar dulu kata-kata Zie. Zack tak salah. Dia tak pernah buat apa-apa pada Zie. Hanya Zie yang tergila-gilakan dia,sedang dia tak. Kami tak bercinta. Bagaimana nak bercinta kalau hanya Zie yang sukakan dia,sedang dia tak sukakan Zie. Ayah tolong la faham.” Aku merayu di hadapan ayah. Aku tahu,aku telah menipu ayahku,namun aku tiada pilihan. Ketegasaqn ayahku memaksaku melakukan semua itu. Dalam masa yang sama,aku bagaikan menjual maruahku sendiri.
“Tak,ayah tak percaya. Jangan ada sandiwara depan ayah. Kalau Zie rasa masih mahu teruskan pelajaran Zie,lebih baik Zie berterus terang.”
“Ayah,betul apa yang Zie cakap. Zack tak ada kena mengena dalam hal ni. Zie yang salah.” Aku masih menegakkan hujahku meskipun aku tak ubah seperti menegakkan benang yang basah.
“Zie ingat,jangan sampai ayah hantar Zie jauh dari orang ramai! Jangan paksa ayah ‘ajar’ Zie,sama macam kakak. Ingat tu.” Ujar ayah tegas sambil menolaku ke belakang dan memukulku. Aku menangis sendiri. Selama ni,ayah tak pernah berkasar terhadapku. Namun aku terima,ini semua salahku.
Aku terpaksa mengorbankan diriku semata-mata mempertahankan sesuatu,yang aku sendiri pun tak pasti penghujungnya.
Takbir Syawal bergema dari masjid mengajak kaum muslimin menunaikan tanggungjawab solat sunat hari raya. Aku dan keluargaku pulang beraya di kampung. Kami semua bergembira. Aku mencari sedikit ruang waktu ketenangan,untuk melupakan sedikit ‘kesakitan’ semalam.
“Ze,mari sini.” Panggil ibuku sewaktu aku masih leka melipat telekung solat. Kemudian aku berjalan menuju ke arah ibuku. Kelihatan ibuku sedang bercakap dengan seorang perempuan yang sudah berumur,dan bersamanya ada seorang gadis yang masih remaja,mungkin sebayaku.
“Ada apa mak?” Soalku.
“Zie,ni ustazah Idah,sepupu mak. Yang ni Humaira,anak ustazah. Sudah lupa ke?” jawab ibuku. Aku menghulur tangan bersalaman dengan mereka.
“Ni Zie? Sudah besar panjang,sama umur dengan Humaira bukan?” Soal ustazah Idah yang selalunya aku panggil kak Dah.
“Ya Kak Dah. Tahun depan masuk tingkatan 4.” Jawabku.
“Tahun depan,ustaz Zakwan akan mengajar di sekolah yang Zie belajar sekarang.” Ujar ustazah Idah. Terdiam aku sejenak.
“Eh,baguslah! Boleh tolong tengok-tengokkan anak abang Mat ni.” Tiba-tiba ayahku datang menyampuk. Entah dari mana datangnya,’tiba-tiba muncul’. Gerutuku di dalam hati. Ayahku memandang tepat kerahku sambil tersenyum.
Aku memandang ke arah kalendar,aku meneliti setiap hari yang berlalu. Kira-kira tinggal tak sampai sebulan lagi persekolahan sesi hadapan akan dibuka. Aku merasakan ada sedikit butir-butir kerimasan bermain di fikikirannku. Lalu aku mengajak Suzie,teman rapatku untuk datang ke rumahku. Petang nan hening itu,Suzie datang ke rumahku. Aku menceritakan hal sebenar kepadanya. Suzie hanya termenung,sedikit terperanjat apabila mendengar keputusanku. Aku nekad! Aku tiada pilihan lain.
Malam itu aku nekad.kisahku harus ada penghujungnya. Suaraku berbaur kerisauan di hujung talian sewaktu aku menelefon Zack. Tanggal 11 disember aku menelefonnya hanya untuk memutuskan hubungan cinta aku dan Zack. Sudah ku agak,Zack terkejut dengan keputusanku yang mendadak,apatah lagi aku hanya memberi kata putus padanya tanpa menceritakan sebab dan situasi sebenar yang sedang aku alami. Bagiku,biarlah semua itu menjadi rahsia dan akan ku simpan hingga hujung hayatku. Namun aku sedikit terkilan apabila Zack seakan-akan tidak dapat menerima keputusanku untuk meninggalkannya lalu menuduh aku pentingkan diri.
Bersaksikan bulan dan bintang,aku menangis sendiri di birai jendela. Memikirkan tindakan yang baru ku lakukan. Memutuskan kisah cintaku dengan seorang insan yang ku amat ku sayangi bukannlah sesuatu yang mudah untukku lakukan,namun aku tiada pilihan lain. Aku terp[aklsa mengorbankan perasaanku sendiri,demi sebuah kehidupan. Aku mencapai sekeping kertas dan sebatang pena,lalu ku luahkan isi hatiku,sambil air jernih tak henti-henti mengalir dari kelopak mataku. Berkali-kali ku seka ia dari mengalir,namun ia tetap mengalir laju,seperti air terjun yang mengalir deras,tanpa bisa dihalang.
‘Kekasihku,maafkan aku tika dan saat ini,andai aku terpaksa memutuskan hubungan kita lantas meninggalkanmu. Namun ketahuilah,aku tiada pilihan lain. Mungkin ia tampak pelik. Kerana hakikatnya,sayangku dan cintaku yang menggunung padamu yang memaksaku memutuskanmu,supaya kau bias hidup bahagia,meski aku tiada bersamamu. Maaf jika bagimu aku mementingkan diri,namun ku ingin kau tahu,realitinya adalah sebaliknya.. Maafkan aku,Zack………-Zira’
Persekolahan bagi sesi baru sudah dibuka. Seperti biasa,aku terpaksa tinggal di asrama kerana jarak rumahku dan sekolahku yang agak jauh. Keputusan peperiksaan bagi sesi lepas juga telah diketahui. Aku menjadi antara pelajar terbaik di sekolah. Aku dan rakan-rakanku yang lain seperti Amy,Shila dan ramai lagi mendapat tawaran ke sekolah yang lebih baik. Kawan-kawanku kelihatan gembira sewaktu menerima surat tawaran tersebut,namun aku masih terasa berat hati untuk meninggalkan sekolah yang telah banyak meninggalkan memori di hatiku.
“Entah,aku pun tak pasti. Aku sebenarnya berat hati nak tinggalkan sekolah ni. I’ve no any decision yet.” Ujarku tak pasti.
“Aku tahu,tentu kau rasa berat hati untuk meninggaljan Zack,bukan? Tapi,bukan ke sebenarnya u all sudah clash?”
“Mana kau tahu?” Anak mataku tepat memandang anak mata Sarah. Tergaman seketika aku apabila mengetahui yang berita perpisahan antara aku dan Zack sudah diketahuinya.
“Zack bagitahu aku. Takkan la dengan aku pun kau nak berahsia? We’re friend.” Ucap Sarah. Aku hanya tersenyum mengangguk.
“Aku harus pergi,Sarah.” Ujarku perlahan setelah suasana senyap seketika.
“Zira,kau pasti dengan keputusan kau? Kau tak sayang aku ke?” Tanya Sarah seperti anak kecil merengek minta disusui.
“Sudah tentu aku sayang kau. Kau dah macam kakak aku. Aku pergi demi mengejar cita-cita aku. Bila cuti,kita boleh jumpa.” Balasku. Aku masih tersenyum memujuk Sarah,sambil menyembunyikan rasa sebenar di hati.
Aku tinggalkan sekolah,tempat aku mendapat ilmu,yang menjadikan aku seorang insan yang berguna dengan rasa berat di hati yang menggunung. Aku tinggalkan seseorang yang banyak mengajarku erti kehidupan dengan seribu satu rasa bercampur baur dalam hati. Hanya Allah sahaja yang tahu pengorbananku.
Aku kini sudah berada di sekolah baru. Aku juga harus mulakan hidup baru,tanpa Zack yang selalu’ menyambut’ kedatanganku setiap pagi dengan senyuman bisu.
Di petang nan sunyi,ayah datang ke asrama di sekolah baruku. Pada waktu itu aku tiada di asrama kerana pulang ke sekolah lama atas urusan pertukaran sekolahku yang belum selesai. Hampir sejam ayah dan ibuku menungguku di pondok menunggu.
“Dari mana?” Pertanyaan ayah ringkas bersama riak wajahnya yang langsung tidak mempamerkan keceriaan.”
“Zie dari sekolah lama. Ada urusan pertukaran sekolah yang belum selesai. Zie sudah siapkan bersama Ifrah.” Jawabku perlahan.
“Zie pulang ke sekolah lama? Kenapa dengan Zie ni? Rindu mahu pulang ke ‘tempat’ lama? Atau rinduka seseorang?” Jerkah ayah mengejutkanku. Beberapa orang di sekelilingku memandang ke arahku. Aku hanya tunduk membisu sejenak sebelum cuba mempertahankan diri.
“Ayah,Zie sudah bagitahu ayah,Zie ada alas an Zie sendiri. Ayah jangan salah faham.” Aku masih cuba membela diri.
“Zie,dengar sini,ayah tak mahu dengar lagi berita Zie pulang ke solah lama. Bagi ayah,sekali ludah,ayah takkan jilat balik. Kalau Zie mahu belajar di sekolah lama Zie sebab rindu sangat pada budak lelaki tu,Zie buatlah. Tapi ayah mahu Zie tahu,Zie harus tanggung sendiri perbelanjaan Zie. Satu sen pun ayah takkan bagi kalau tu pilihan Zie.” Nada suara ayah semakin meninggi. Ayah langsung tidak menghiraukan mata-mata di sekeliling yang asyik memandang.
“Ayah tak perlu bimbang,Zie akan terus belajar di sini. Zie tak akan kembali ke solah lama. Ayah percayakan Zie. Zie anak ayah.” Ujarku memandang ke arah anak mata ayah. Aku hanya tersenyum untuk meyakinkan ayah. Lalu aku menghulurkan satu bungkusan kepada ayahku.
“Ayah,ini hadiah Zie dapat sebagai antara pelajar terbaik di sekolah sesi lepas. Ayah jangan bimbang. Zie tahu jaga diri.” Aku kemudian berjalan menghampiri ayah dengan lebih dekat lagi. Aku merapatkan bibirku dengan telinga ayah sambil berbisik.
“Zie anak ayah,Zie bukan seperti kakak.” Aku tersenyum.
Aku bersalam dengan ayah dan ibuku lalu mereka meninggalkan aku. Aku bersama Ifrah berjalan menuju ke bilik. Di pertengahan jalan,aku sempat berbisik kepada Ifrah..
“Kau simpan apa yang terjadi sebentar tadi. Jangan bagitahu sesiapa,termasuk Zack,sehingga suatu waktu akan tiba,Zack akan tahu jua.” Bisikku kepada Ifrah
* * * * * *
Aku termenung di hadapan laptop. Satu per satu lagu yang berkumandang dari laptopku menyentuh perasaan. “Zie,study ke termenung?” Satu tangan lembut teman sebilikku meneyentuh di bahu,membawa aku kembali ke dunia realiti. Suatu realiti yang sekarang aku sudah bergelar pelajar universiti,bukan lagi pelajar sekolah. Aku juga sudah kehilangan salah satu anugerah Tuhan yang pernah diberikan lpadaku suatu masa dahulu. Aku kini lumpuh.
“Zie,whats wrong?” Tanya teman sebilikkuku,Ada sekali lagi.
“Nothing. Sedang fikirkan idea untuk siapkan cerpen terbaru.” Ujarku cuba berdalih.
“Zie,I know you. Dari tadi Ada tengok,Zie asyik termenung. Zie fikirkan masa lampau Zie? Lets bygone be bygone. Benda sudah lepas.” Tutur Ada.
“Yes.” Aku hanya mengangguk lesu.
“Zie tahu tak,Ada bangga punya teman seperti Zie. Zie tabah,kuat semangat,berani mencuba sesuatu,dan Zie punyai kelebihan tersendiri,yang tak semua orang miliki.”
“Kelebihan? I lost my ability to walk. Adakah itu satu kelebihan?” soalku kembali kepada Ada,menyangkal kata-katanya.
“Zie,jangan hanya pandang pada satu kekurangan. Ada tahu itu,sebab tu,bagi Ada,Zie seorang yang tabah. Zie punyai kelebihan. Zie pandai menjahit,pandai masak,walaupun semua tu bukan senang untuk dilakukan oleh Zie. Yang paling jelas,Zie punyai kelebihan mengarang. Zie boleh buat cerpen,novel. Zie miliki bakat tersendiri. Ada akui,kalau Ada,memang fail bab mengarang ni.” Ujar Ada tersengih. Aku dapat melihat keikhlsannya.
“Thanks,Ada.”
“Welcome. Boleh Ada tanya? Zie masih rasa keseorangan?” Pertanyaan Ada membuatku tersentak. Tanpa berkata sepatah,aku hanya mengangguk bisu. Mengiakan pertanyaan Ada yang hati aku masih kosong,belum terisi.
“Sampai bila Zie harus begini? Tak terfikirkah di fikiran Zie untuk terima insan lain di hati Zie? Yang berlalu biarlah berlalu pergi. Lagipun tak salah kalau…”
“Tak,semua tu takkan berlaku. Jangan suruh Zie balajar berhenti berharap dan belajar menerima insan lain dalam hati Zie. Hingga nafas Zie yang terakhir,Zack tetap di hati Zie. Mungkin selamanya Zie tak mampu menghapuskan namanya dari hati Zie. Andai ditakdirkan Zie harus keseorangan hingga ke akhir hayat Zie,Zie terima. Mungkin ni balsan yang harus Zie terima atas kesilapan Zie meninggalkan dia suatu ketika dahulu.” Ucapku panjang lebar memotong kata-kata Ada.
“Tapi bukan salah Zie tinggalkan dia. Semua tu bukan kehendak Zie. Zie telah melakukan satu pengorbanan.” Aku mengangguk. Kata-kata Ada benar.
“Biarlah Zie menjadi lambing sebuah pengorbanan.”
Perlahan-lahan aku menghampiri Ada. Aku hanya tersenyum tawar ke arahnya. Sambil menyembunyikan perasaan sebenar dalam hati..
Aku mengusap lembut di belakang badanku. Bagaikan masih terasa tamparan ayahku padaku suatu masa dahulu,namun kini yayku telah kembali menemui penciptanya. Sedikit perasaan terkilan ku apabila memikirkan,inilah tamparan pertama dan terakhir dari ayahku,hanya kerana melindungi seorang lelaki yang kini sudah jauh dariku. Aku melepaskan keluhan berat di dada.
~AKULAH LAMBANG SEBUAH PENGORBANAN..~

No comments:
Post a Comment