Wednesday, 26 October 2011

Hari ini dan semalam


Semalam Adalah Kenangan,
Hari Ini Adalah Kenyataan,
Esok Adalah Impian,
Setiap Insan Inginkan Kepastian,
Kenangan Untuk Disimpan,
Kenyataan Untuk Dihadapi,
Impian Untuk Diangankan,
Kadang² Kenangan Hendaklah Dilupakan,
Untuk Menghadapi Kebenaran Kenyataan,
Supaya Impian Yang Diangankan Menjadi Kepastian,
Kenangan Pahit Dijadikan Panduan,
Yang Manis Jadikan Peringatan,
Kenyataan Yang Mudah Jangan Dipandang Remeh,
Kenyataan Yang Sukar Jangan Diketepikan,
Impian Menggunung Memakan Diri,
Tiada Impian Ibarat Tiada Sasaran,
Tidak Kira Semalam, Hari Ini Dan Esok,
Semuanya Berkaitan Umpama Sebuah Roda Yang Berputar,
Hari Ini Boleh Menjadi Semalam,
Esok Suda Tentu Menjadi Hari Ini,
Namun Semalam Tidak Akan Menjadi Hari Ini Dan Esok,
Kerana Lumrah Alam Masa Tidak Dapat Dapat Diulang Kembali,
Untuk Memberi Peringatan Kepada Insan Memperbaiki Diri,
Di Setiap Langkah Perjalanan Menghargai Detik Dan Ketika,
Agar Tidak Menjadi Sesalan,
Manusia Sering Alpa Hakikat Semalam, Hari Ini Dan Esok,
Kerana Keangkuhan Menguasai Diri Dan Fikiran.

No comments:

Post a Comment