Saturday, 30 July 2011

125



Ada apa dengan no 125? Tentu ramai yang tertanya, apa kaitannya nombor ni dengan kisah cintaku? 1 2 5, ia hanyalah nombor. Budak kecik pun tahu ni nombor. Diorang pun tak kata ni aiskrim. Bagi peminat motor atau mat-mat motor, tentu diorang tahu, motor sisi 125, one two five. Itu motor, tapi aku tak boleh bawak motor 125, berat. Motor abah aku 110 je. Tapi aku bukan nak cerita psal motor. Atau mungkin bagi tukang jahit, dia akan fikir 125 ni ukuran baju. Mungkin bukuran bahu, 12.5 inci, biasa bagi budak la. Kalau aku punya, up sikit, 15 inci dah. Kalau bagi si pengukur jalan, mungkin mereka fikir 125 kilometer tu jarak dari satu tempat ke satu tempat. (Ceh, macam fizik la pulak)
Semua andaian yang aku buat sendri tu salah. Nombor tu sebenarnya adalah aku. Tapi apa kaitannya nombor ni dengan aku? Sehingga nombor ni menjadi amat bermakna buatku. Sebenarnya bukan hanya aku,tapi juga untuk Razikki. Tersimpan seribu satu kisah yang tersirat dan tak terungkap di sebalik nombor ni. Kisah tentang Najihan dan Razikki
125, menggambarkan seribu satu maksud tersirat di sebalik kisah Najihan dan Razikki. Tapi persoalannya, apa?
Adakah jarak rumah aku dan Razikki 125km? Of course not. Dulu time aku berulang balik dari Rantau Panjang ke MATM pun ambik masa dalam 45 minit je. 
Adakah beza tinggi antara aku dan Razikki 125cm? Rasanya tidak. Tinggi aku dalam 148cm, rasanya la. Tapi tu pun aku tak pasti sebab dah lama tak berdiri. Tingggi Razikki. Tak tahu la pulak aku.
Adakah beza berat aku dan Razikki 125kg? OMG,, tak mungkin. Berat aku maintain 39kg, berat Razikki aku tak tahu la.
Atau mungkin beza umur? Takkan la beza umur aku dan Razikki sampai 125 tahun. Impossible. Memang tak masuk logik akal.
Tapi persoalan tentang beza umur sebenar hamper tepat. Tak tepat, cuma hamper tepat. So what? like Pink say. Erm,,biar ku rungkaikan.
Semua orang tahu beza umur aku dan Razikki setahun lebih. Tapi lebih tu berapa? Let me tell. Tahun kelahiranku ditolak tahun kelahiran Razikki, bezanya setahun. 1991-1990=1. Maksudnya seperti semua orang tahu beza umur antara kami setahun. Satu persoalan sudah terjawab. Kemudian dikira dari segi bulan kelahiran aku dan Razikki, November-september, 11-09=2. Bermakna lebih muda aku dari Razikki 2 bulan. Sekarang sudah tahu jawapan kepada nombor 2. Seterusnya kalau dibilang hari, aku dilahirkan pada tanggal 18, manakala Razikki dilahirkan tanggal 13. 18-13=5. Beza hari antara aku dan Razikki adalah 5 hari lebih muda aku.
Kerana itulah nombor ni sangat bermakna buatku. Mungkin jarang orang nak kira benda-benda begini yang di anggap remeh, tapi bagiku, ia bermakna.
Kerana setiap perbezaan, kelebihan, kekurangan insan yang kita cintai itu amat bermakna bagiku, kerna itulah variasi.
Kini terjawab persoalan apakah kaitan nombor 125 dengan kisah cinta Najihan dan Razikki..1991-1990=1
11-09=2
18-13=5
-Jiey-
16/7/2011,04.40pm



No comments:

Post a Comment