Saturday, 30 July 2011

125



Ada apa dengan no 125? Tentu ramai yang tertanya, apa kaitannya nombor ni dengan kisah cintaku? 1 2 5, ia hanyalah nombor. Budak kecik pun tahu ni nombor. Diorang pun tak kata ni aiskrim. Bagi peminat motor atau mat-mat motor, tentu diorang tahu, motor sisi 125, one two five. Itu motor, tapi aku tak boleh bawak motor 125, berat. Motor abah aku 110 je. Tapi aku bukan nak cerita psal motor. Atau mungkin bagi tukang jahit, dia akan fikir 125 ni ukuran baju. Mungkin bukuran bahu, 12.5 inci, biasa bagi budak la. Kalau aku punya, up sikit, 15 inci dah. Kalau bagi si pengukur jalan, mungkin mereka fikir 125 kilometer tu jarak dari satu tempat ke satu tempat. (Ceh, macam fizik la pulak)
Semua andaian yang aku buat sendri tu salah. Nombor tu sebenarnya adalah aku. Tapi apa kaitannya nombor ni dengan aku? Sehingga nombor ni menjadi amat bermakna buatku. Sebenarnya bukan hanya aku,tapi juga untuk Razikki. Tersimpan seribu satu kisah yang tersirat dan tak terungkap di sebalik nombor ni. Kisah tentang Najihan dan Razikki
125, menggambarkan seribu satu maksud tersirat di sebalik kisah Najihan dan Razikki. Tapi persoalannya, apa?
Adakah jarak rumah aku dan Razikki 125km? Of course not. Dulu time aku berulang balik dari Rantau Panjang ke MATM pun ambik masa dalam 45 minit je. 
Adakah beza tinggi antara aku dan Razikki 125cm? Rasanya tidak. Tinggi aku dalam 148cm, rasanya la. Tapi tu pun aku tak pasti sebab dah lama tak berdiri. Tingggi Razikki. Tak tahu la pulak aku.
Adakah beza berat aku dan Razikki 125kg? OMG,, tak mungkin. Berat aku maintain 39kg, berat Razikki aku tak tahu la.
Atau mungkin beza umur? Takkan la beza umur aku dan Razikki sampai 125 tahun. Impossible. Memang tak masuk logik akal.
Tapi persoalan tentang beza umur sebenar hamper tepat. Tak tepat, cuma hamper tepat. So what? like Pink say. Erm,,biar ku rungkaikan.
Semua orang tahu beza umur aku dan Razikki setahun lebih. Tapi lebih tu berapa? Let me tell. Tahun kelahiranku ditolak tahun kelahiran Razikki, bezanya setahun. 1991-1990=1. Maksudnya seperti semua orang tahu beza umur antara kami setahun. Satu persoalan sudah terjawab. Kemudian dikira dari segi bulan kelahiran aku dan Razikki, November-september, 11-09=2. Bermakna lebih muda aku dari Razikki 2 bulan. Sekarang sudah tahu jawapan kepada nombor 2. Seterusnya kalau dibilang hari, aku dilahirkan pada tanggal 18, manakala Razikki dilahirkan tanggal 13. 18-13=5. Beza hari antara aku dan Razikki adalah 5 hari lebih muda aku.
Kerana itulah nombor ni sangat bermakna buatku. Mungkin jarang orang nak kira benda-benda begini yang di anggap remeh, tapi bagiku, ia bermakna.
Kerana setiap perbezaan, kelebihan, kekurangan insan yang kita cintai itu amat bermakna bagiku, kerna itulah variasi.
Kini terjawab persoalan apakah kaitan nombor 125 dengan kisah cinta Najihan dan Razikki..1991-1990=1
11-09=2
18-13=5
-Jiey-
16/7/2011,04.40pm



Wednesday, 27 July 2011

kisah sedihku

"Hidup tak seindah yang terlakar di kaca tv". itulah yat yang sering ku ungkapkan pada diriku sendiri untuk memujuk hati yang sedih dan pilu. perjalanan hidupku tak seindah lukisan yang terpamer. hidupku penuh ranjau berduri dan liku tajam. namun aku tetap seorang insan yang penuh dengan prinsip.
prinsipku tak pernah berubah meski zaman berubah. walau terkadang keadaan memaksa, aku terpaksa, namun aku redha. aku tetap tegak di atsa prinsip aku sendiri. bila melakukan sesuatu, aku redha akan apa jua hasilnya. aku terima segala apa yang berlaku. bagiku, segalanya adalah ketentuan takdir. aku tak pernah sesali apa yang telah aku lakukan

From Me

From me, from me too,
It is a changed sincere heart,
I say, “What should I do? What should I do?”
It is but an extremely faraway, a very faraway love,
It is you whom my heart,
Definitely cannot give up..
 I stand here to find back your laughter,
The painful tears from your heart,
I am here to catch them all.

I make a road, that I will definitely not forget,
Your crystal clear love,
Because we will surely find our love again..
Without you, even without you,
Will I able to life well?
It is always the two of us even in the dream that I dreamt..
Resemblance of you, the times that resemblances you,
It is the lingering love,
That I will definitely cannot give up..

The empty love,
Even with the sadness burning in the chest,
I will not be able to push you out from my heart,
Because the imperfect me insignificant,
Until the falling tears,
Submerge every single memory,
For you are my love, I will surely find you,





Sunday, 24 July 2011

Apa Itu Cinta

09.5 pm, 18 July 2011

Cinta itu punyai banyak pengertian tersendiri yang kadang-kadang sukar ditafsir. Dan kadang-kadang, tafsiran manusia tentang cinta juga berbeza. Mereka mentafsir cinta dari sudut pandangan yang berbeza, atau mungkin juga dari pengalaman lepas yang pernah mereka lalui.

Sama seperti aku, seorang insane yang cuba mentafsir erti cinta dari pandangan aku sendiri. Dari apa yang aku faham tentang cinta melalui pembacaan dan penulisan, dan juga dari pengalaman lepas dan sejarah hidupku tentang cinta.

Aku akui, cinta wujud di dalam setiap hati manusia. Tiada seorang pun yang bisa menolak kehadirannya. Di mana letaknya cinta? Sungguh indah ciptaanj Allah, ia meletakkan cinta di tempat teragung, iaitu di hati. Kenapa aku katakan cinta di hati adalah tempat teragung? Kerana dari hati, segalanya bermula. Dan segala perasaan terletaknya di hati, samaada rasa baik, atau rasa jahat. Tujuan Allah memberikan cinta kepada setiap manusia adalah untuk mencintainya. Pernahkah manusia terfikir, mengapa hati diciptakan satu, tiodak seperti mata, telinga, kaki yang diciptakan dua. Kerana hati yang satu itu diciptakan untuk mencintainya yang satu.

Namun begitu, Allah juga memberi sedikit ruang di hati manusia untuk mencintai makhluk ciptaanNYA selepas para Rasul. Kerna itulah manusia punyai rasa cinta terhadap ibu bapa mereka. Dan bila meningkat dewasa, manusia mula memahami erti cinta dengan lebih meluas. Iaitu mereka mula mengenal cinta sesama makhluk yang berlainan jantina. Itulah cinta manusia yang ingin ku tafsirkan.

Cinta sesama manusia sememangnya wujud di hati manusia. Allah memberi manusia ruang dan kesempatan untuk mencintai sesama makhluk ciptaanNYA. Apabila manusia mula mengenali cinta, bermakna mereka sudah mengenali sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Mereka akan mula mengenali apa itu rasa rindu, sayang, kasih, benci dan dendam. Semua perasaan sebegini akan mula dirasai, bila manusia mula mencintai sesama manusia.

                                                *             *             *             *             *                              

Aku akui, semua ini yang aku rasa sewaktu aku mula mengenali apa itu cinta. Mungkin di kalangan rakan-rakanku, aku antara yang terawal dalam mentafsir erti cinta pada umur 13 tahun. Rasa cinta ini mula aku tafsirkan dan aku jelaskan pada seorang insan yang bagiku istimewa, AHMAD RAZIKKI B. ROSLI.

Kenapa ku katakan ianya istimewa? Kerana dia insane pertama yang mangetuk pintu hatiku, mengajarku erti cinta, lantas memberi ku pelbagai rasa yang datangnya tanpa diundang. Bagiku cinta itu cuma rasa sayang antara dua insane. Tapi itu pengertiaanku dahulu, tanpa aku sendiri yang merasainya. Apabila aku sendiri yang melaluinya, baru aku sedar, betapa rasa itu.

Razikki, insane yang amat ku sayang. Dia buat hidupku terasa amat bermakna. Hari-hari yang kulalui tanpanya terasa begitu sunyi dan sepi. Dan apabila aku mentafsirkan apa itu cinta, hatiku terdetik mengakui, aku amat mencintai dia…

Razikki insan biasa yang ku kenal. Perwatakan dan penampilannya juga biasa, namun ‘aura’nya luar biasa sehingga mampu membuka ruang di hatiku, lalu menjemputnya masuk, lantas menakhluki di takhta hatiku. Dimataku, dia jaguan yang sepantasnya aku banggakan.

Thursday, 7 July 2011

10 jenis lelaki yang tak boleh dibuat suami..

1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL!

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP!

3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA!

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA!

5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN!

6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB!

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI!

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI!

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO!

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR!

p/s: ni untuk suka2..tak semua lelaki macam ni..n bkn semua lelaki ada semua ciri2 ni..dalam dunia ni ramai lagi lelaki yang baik2..

Monday, 4 July 2011

Kisah Laluku

Selama perkenalan kita bertahun nan lalu,banyak memori tercipta antara kita. Ada yang manis,yang membuatkan kita gembira,dan ada yang pahit,membuatkan kita terluka.

Semuanya adalah episod kehidupan yang harus ditempuhi setiap insan. Memori itulah yang menjadikan kita lebih matang dan mengajar kita erti kehidupan. Tanpa semua tu,kita takkan rasa,betapa kehidupan ni susah,tak semudah seperti yang terlakar di kaca tv.
Namun,semakin hari,kita semakin menjauhi episod kehidupan lalu,lantas semua itu hanya tinggal kenangan kini

Kenangan indah bisa kita hayati,kenangan pahit menjadi pengajaran untuk kita.ia seharusya dibuang jauh dari kotak ingatan kita.

Biarlah ia berkubur sepi,menjadi batu nisan bahawa tiada kisah yang tak meninggalkan kesan duka di hati masing-masing.

Sekarang bukan waktu yang tepat untuk mencari salah siapa,kerna tak ada manusia yang terlepas dari melakukan kesilapan. Termasuk kita.

Ini bermakna kita sama-sama bersalah terhadap kisah kita dulu yang membawa kepada perpisahan kini.

Memang benar saya yang salah atas perpisahan kita,saya yang memutuskan segalanya. Saya yang meninggalkan awak.

Saya yang buat awak tercari-cari arah tuju. Saya yang biarkan awak keseorangan,ditemani kesunyian & kesepian yang membungkam.

Dan kerna itu,awak salahkan saya. Sampai bila-bila pun awak akan tetap salahkan saya. Mungkin tiada ruang kemaafan di hati awak untuk saya.

Tiada lansung tempat untuk saya menebus kesilapan lalu.
Untuk meminta kembali ruang di hati awak yang pernah saya takhluki dulu,itu mimpi sama sekali.

Saya tahu,hati awak sudah tertutup hati awak bagi saya. Anggapan awak pada saya tetap sama,saya tak lebih dari seorang perempuan pengkhianat, yang mempermainkan perasaan orang,yang meningganlkan orang & buat orang tercari-cari.

Walaubagaimanapun,saya tak mampu membersihkan anggapan awak pada saya,kerna itu yang telah awak tetapkan di fikiran awak.

Tanpa pernah awak tahu,apatah lagi menyedari hakikatnya…….

Betapa saya menyayangi awak,dan tak ada siapa bisa menggantikan awak dalam hidup saya. Cinta saya  tak bersandarkan pada zahir,rupa paras mahupun wang ringgit.

Awak terlalu bermakna buat saya. Mustahil untuk saya sakiti & tinggalkan orang yang saya sayangi,tanpa sebab,tanpa air mata.

Sebagaimana saya merelakan kepergian ayah tersayang saya bersama iringan iar mata menemani,Begitu juga saya merelakan perpisahan hadir antara kita.

Kerna kedua-duanya insan yang saya sayangi. Tapi  mungkin awk tak menyedari semua tu,kerna saya tak pernah tunjukkan perasaan saya sebenar pada awak.

Semua tu kerana,dihalang oleh egois saya.

Awak menyalahkan saya kerna awak tak tahu sebab pemergian saya. Benda sudah lama berlalu,saya pun dah tak mahu ingat lagi,tapi untuk membersihkan nama saya,saya akan ceritakan pada awak..

Kerna sayang saya pada awak,saya tak sanggup melihat awak dipersalahkan,sehingga mungkin keluarga awak juga terlibat,saya tak ada pilihan lain.

Selain memutuskan hubungan dengan awak,lantas meninggalkan awak.

Ayah saya mula mencium sesuatu yang tak enak pada anak perempuan bongsunya. Kerana tak mahu terus menipu ayah saya,yang menghantar saya ke sekolah untuk belajar,bukan bercinta,saya putuskan hubungan dengan awak sebelum terlambat.

Awak tak kenal persis ayah saya bagaimana dan awak takkan mengenalinya lagi. Ayah saya seorang yang tegas.

Saya tak nak bicarakan panjang lagi tentang orang yang sudah tiada. Tapi saya nak menafikan kata-kata awak dulu bahawa ‘tak layakkah awak untuk saya?’

Bukan itu yang menjadi masalah. Tak kisah insane yang mendampingi saya itu kaya atau miskin,kacak atau tak,yang pastinya ayah saya takkan terima selagi saya masih bergelar pelajar.

So saya nak awak tahu,ini bukan sebab diri awak.

Saya tinggalkan MATM,dengan seribu perasaan bercampur baur. Apatah lagi kita baru putus dan saya selalu lihat  awak asyik termenung,ia menambahkan lagi rasa bebal di hati saya.

Tapi melihat gelagat wina,tira,saya rasa seolah-olah ingin cepat-cepat pergi. Melihat pada Aimi,Syazni,Hidayah yang teruja nak ambil subject sains,membuatkan saya gembira.

Tapi melihat keadaan awk yang seperti hilang arah tuju,hati saya terasa berat. Mengingatkan kata-kata ayah saya,hati saya jadi berbelah bahagi.

Awak tak tahu betapa saya keliru di persimpangan buntu itu. Tapi saya tetap tersenyum,saya takkan tunjukkan kekeliruan yang bermain di benak fikiran saya.

Saya nak bagitahu satu fakta,selebihnya awk fikirlah logik akal awak. Saya rasa awak kenal saya,seorang pelajar yang sangat-sangat meminati matematik,otak kiri saya lebih cepat dari otak kanan saya. Saya tak minat sains,terbalik dengan awak. Saya akui awak lebih terer dari saya subjet sains. So,kenapa saya beria-ia nak ambil aliran sains? Kalau tak kerana sebab tertentu.

Dan asal sahaja awak tahu,say adi MMP,saya tukar ambik akaun. Sebab otak saya lebih cepat tengok nombor,dari membaca. Subjet biologi yang paling saya menyampah,sebab banyak membaca,kaji sel,,eeii,tak minat.

Itu semua cerita lama. Malas saya nak ingat semula,buat sedih je.

Saya nak tanya awak,kenapa dulu,time saya berada di hospital,awak pergi melawat saya,dan minta untuk sambung kembali kisah kita yang pernah terputus dulu.

Dan saya terima,kerana saya lihat kesungguhan awak,keikhlasan awak menerima saya walau pada masa tu awak datang dan tengok sendiri keadaan saya. Tapi awak masih nekad.

Sepertinya awak sudah melupakan kisah lalu yang menguris hati awak dan memaafkan saya. Tapi kena kini awak kembali mengingkit kisah lalu?? Kenapa gkie,kenapa?

Adakah awak mahu sambung kembali hubungan yang pernah terputus dulu,kerana sengaja mahu melukakan hati saya, mahu meninggalkan saya,dan melakukan apa yang pernah saya lakukan pada awak dulu? Saya harap itu semua bukan niat awak

Saya nak ingatkan kembali kata-kata saya pada suatu masa dahulu,’saya pernah lafazkan kata putus pada awak sekali,dan saya takkan lafazkannya buat kali kedua lagi, dan jika berlaku lagi perpisahan antara kita,itu awak yang melafazkannya’.

Dan awak berjanji untuk tidak melakukan itu.
Cuma sekarang,yang menjadi persoalan ialah,kita sekarang sama-sama single tanpa lafaz perpisahan. Kenapa semua ni boleh terjadi?



  

Saturday, 2 July 2011

Hanya Aku..

                Apa yang aku rasa tika dan waktu ini? Ianya sangat memedihkan,bila keikhlasan dan kesetiaan yang selama ini ku pertaruhkan tak di anggap. Bila pengorbananku lansung tak dihargai. Kenapa aku bodoh? Terlalu bodoh! Aku seorang manusia yang hidup berpegang pada prinsipku tersendiri,tapi akhirnya apa yang aku dapat? Mempertaruhkan prinsip-prinsip bodoh! Psememangnya aku manusia paling daf!


                Aku menyintai dia dengan sepenuh hatiku. Biar dicerca,biar dihina aku tetap setia pada cintanya. Namun mengapa dia mencipta sengketa,membuat hatiku luka pedih? Siapakah aku pada pandangannya selama ni? Adakah hanya aku yang selalu berangan-angan membina istana bahagia bersamanya,sedang dia tidak? Apakah hanya aku yang selalu mengimpikan kehadirannya dalam hidupku,sedang dia tidak pernah walau sekali? Apakah hanya aku yang selalu menginfinkannya,walhal tak pernah sesekali dia menginginkaknku? Apakah selama ini hanya aku yang terlalu berilusi akan bersamanya,sedangkan dia lansung tidak pernah mengeri akan perasaanku?


                Ingin ku tangiskan pada kisah lalu,pada sekeping hati luka,itu bukan aku. Mungkin terkadang air mataku terlalu mahal untuk dititiskan,namun mengapa dengannya aku lumpuh? Apakah aku tewas bermain perasaan sendiri? Itu bukan aku.