Monday, 31 October 2011

Syurga cinta..

Terdiam
Hanya bisa diam
dingin menyerang¦ di sekujur tubuhku
layangkan mata menembus cahaya putih kilaunya
meneduhkan lamunan
masih jelas terlihat, pesona ayumu
masih jelas terasa, getar dawai jiwamu aahhh
inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan
atau hanya mimpi yang tiada pernah berakhir jua
perlahan bawa smua tanya
satu bersama langkah di taman ini
terangkai bunga tanda cinta murni adanya
tapi kekasih pun tiada muncul hapus rinduku aahhha€¦.
dimana aku sedang berada mengapa sendiri
lari telanjang
tanpa seorangpun yang mau peduli
terbanglah cinta sampaikan sayangku hanya bagi dia
tak ingin rasa sepi meratapi malang tanpa dirinya

Sunday, 30 October 2011

Tuhan Beri Aku Cinta

Walau aku senyum bukan beerti aku selalu bahagia dalam hari. Ada yang tak ada di hati ini, di jiwa ini hampa. Aku bertemu sang Adam di simpang hidupku. Mungkin akan ada cerita cinta. Namun ada sahaja cubaan hidup, seakan aku hina.
Tuhan berikanlah aku cinta, untuk temaniku dalam sepi. Tangkap aku dalam terangMu, biarkanlah aku punya cinta.
Tuhan berikanlah aku cinta, aku juga berhak bahagia. Beri aku restu dan halalMu, Tuhan, beri aku cinta.

Saturday, 29 October 2011

Hati Ini...

Assalamualaikum..
Tadi aku keluar, dah lama terperap kat rumah tanpa sebarang aktiviti. Aku ternampak seseorang di persimpangan. Membuatkan aku layu, bisu tak berbicara. Siapa dia?
Aku meneruskan perjalanan hidupku, terus dan tanpa menoleh lagi kepadanya. Biarlah wajahnya hanya hadir seperti bayang-bayang. Bila waktu kian merangkak senja, bayang-bayang kan hilang. Namun dia masih di situ. Menanti seseorang untuknya. Dan seseorang itu bukan aku..
"Aku bertemu sang Adam di simpang hidupku,
Mungkin kan ada cerita cinta,
Namun ada saja cubaan hidup,
Seakan aku,hina.."

Friday, 28 October 2011

Not Over You

It never crossed my mind at all, that's what I tell myself. What we had has come and gone, you're better off with someone else. It's for the best, I know it is. But I see you, sometime I try to hide, what I feel inside. And I turn around, You're with her now, I just can't figure it out..
Tell me why, you're so hard to forget. Don't remind me, I'm not over it.
Tell me why, I can't seem to face the truth. I'm just a little too, not over you..
Memories supposed to fade. What's wrong with my heart? Shake it off, let it go. Didn't think it be this hard. should be strong. moving on..
Maybe I regret. Everything I said, no way to take it all back. Now I'm on my own. How I let you go. I'll never understand. And I really don't know what to do now....

Thursday, 27 October 2011

Hati seorang Wanita

→ SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk..tapi cuma nak bermanja dan mendapatkan perhatian.

...
→ CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala..cuma wanita ni sukakan ketelitian..cermat..dan kadang2 teringin jgk LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

→ HALUS : bak sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak..walaupun sorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk dijadikan sebagai pengajaran..Bukan sebagai DENDAM..paham??

→ IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui..yes!

→ KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, ibu bapa, anak-anak , dan suami. WANITA amat tabah..

→ PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

→ MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri sorang WANITA masih lagi tetap sorang WANITA. Suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum..

→ EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai..

→ CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus..

→ SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA sebab WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. NAFSU yang banyak x tertumpu kepada 1 ja. LELAKI plk dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu. fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan..

** "Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung
dan bukan sebagai pemusnah.

WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk
dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA♥.
 

Wednesday, 26 October 2011

Hari ini dan semalam


Semalam Adalah Kenangan,
Hari Ini Adalah Kenyataan,
Esok Adalah Impian,
Setiap Insan Inginkan Kepastian,
Kenangan Untuk Disimpan,
Kenyataan Untuk Dihadapi,
Impian Untuk Diangankan,
Kadang² Kenangan Hendaklah Dilupakan,
Untuk Menghadapi Kebenaran Kenyataan,
Supaya Impian Yang Diangankan Menjadi Kepastian,
Kenangan Pahit Dijadikan Panduan,
Yang Manis Jadikan Peringatan,
Kenyataan Yang Mudah Jangan Dipandang Remeh,
Kenyataan Yang Sukar Jangan Diketepikan,
Impian Menggunung Memakan Diri,
Tiada Impian Ibarat Tiada Sasaran,
Tidak Kira Semalam, Hari Ini Dan Esok,
Semuanya Berkaitan Umpama Sebuah Roda Yang Berputar,
Hari Ini Boleh Menjadi Semalam,
Esok Suda Tentu Menjadi Hari Ini,
Namun Semalam Tidak Akan Menjadi Hari Ini Dan Esok,
Kerana Lumrah Alam Masa Tidak Dapat Dapat Diulang Kembali,
Untuk Memberi Peringatan Kepada Insan Memperbaiki Diri,
Di Setiap Langkah Perjalanan Menghargai Detik Dan Ketika,
Agar Tidak Menjadi Sesalan,
Manusia Sering Alpa Hakikat Semalam, Hari Ini Dan Esok,
Kerana Keangkuhan Menguasai Diri Dan Fikiran.

Sekadar Luahan..

Assalamualaikum..
Sekarang ni, aku tak tahu nak buat apa. Aku rasa hidup aku sunyi, kosong, tak berteman dan macam-macam lagi aku rasakan. Kesakitan dan kepedihan juga turut menimpa aku. semuanya datang bertalu-talu bagaikan bedilan power rangers yang tak sempat ku tempis.
Dulu aku beria-ia sangat nak tahu kisah cinta kawan baik aku, Adawiah Ibrahim & Muhammad Syafiq. Tambah pula apabila kisah mereka terputus di tengah jalan, lantas hadirnya orang ketiga, Siti, memberi cinta kepada Syafiq dan dalam masa yang sama menggantikan cinta lama di hati (Adawiah) dengan cinta baru (Siti). Kisah mereka bertambah konflik, bila adanya insan ketiga.
Dari kisah mereka, aku jadikan model untuk cerita aku. Aku cuma ingin memahami hati lelaki, mengeri apa yang mereka inginkan, untuk meneruskan perjalanan cerita aku. Hanya itu. Tak terniat pun untuk aku jaga tepi kain orang mahupun masuk campur hal 'rumahtangga' orang.
Tapi aku bengang, bila Syafiq dengan slambernye remove aku dari list friend dia kat facebook. Aku memang tak kenal dia, tak pernah cakap dengan dia, tapi ada la terserempak, dah nama pun satu universiti. Aku cuma nak tengok kisah mereka untuk ku jadikan perjalanan cerita aku. Aku tak pernah pun ganggu dia, hambur kata macam-macam kat dia walaupun memang kadang-kadang hati aku sakit bila si mangkuk hayun Syafiq tu buat kawan aku, Adawiah macam tu. Yang remove aku tu, kenapa? Aku memang keturunan 'darah jenis tak sejuk', mula la naik bengang. Apa dia fikir dia terer sangat remove aku?? Ek eleh,,piraaah lu mangkuk..
Then aku block bterus mangkuk hayun tu. Si Siti pun, mungkin juga, tak hari ni, esok..

Jom Layan cite ni


4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang Kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia..

Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok..

semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanye, si Amerika ni kata " its ok.. too many DOLLARs in Amerika,"..
...
tanpa mengendahkan kata2 si Amerika tu, si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia.. di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap.. tersentak dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanye, "why??,".

si Kongo menjawab," there is too many cigars in Kongo"..

si Malaysia dan si Bangladesh terpinga2 dengan perbuatan mereka td..

belum sempat si Bangladesh kata apa2, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap.. dengan slamber berkata "nevermind... too many Bangla in Malaysia,"...





Monday, 24 October 2011

Tell Me Why??

Tell me why u're so hard to forget? Don't remind me, I'm not over it..
Tell me why i can't seem to face the truth, I'm just a little too,
not over you..

Friday, 21 October 2011

Thursday, 20 October 2011

Pada Cintanya..

Cabaran menduga, meninggalkan luka,
Membuatku tega, lepaskan semua,
Namun dalam jiwa, penuh dengan cinta,
Tak mampu ku hindarinya.

Mengapa berdusta, menciptakan luka,
Hampaku melara, menjadi mangsa,
Namun ku percaya, di dalam doa,
Pasti kan datang bahagia.

Cerita dunia, hanya sementara,
Juara hanyalah cinta,
Walau dicerca, walau dihina,
Tak mengapa, sementara,
Walau diduga, walau tersiksa,
Aku setia, pada cintanya.

Ku tawarkan cinta, kau balaskan lara,
Tapi aku redha, ku yakin kudratNYA,
Tidak ku memaksa, malah ku percaya,
Cinta penakhluk semua..

Aku wanita, bukan boneka,
Ku tidak akan berlutut pada ego si dia,
Aku percaya, ada cahaya,
Melindungi si pencinta, suci dan lara..


Semuanya Takdir,,Aku dan Dia..

Hidup seorang insan seperti aku, banyak menemui jalan buntu dan keliru dari jalan penyelesaian. Aku pun tak tahu, apa yang harus aku lakukan. Alangkah senangnya andai hidup aku seperti insan lain, yang bisa menduakan cinta dengan mudahnya. Semua tu susah bagi aku. 'Cinta bukan untuk diduakan'. Itulah antara prinsip aku.Bagaimana dengan cinta yag hadir dalam hidupku selepas mengalami kekecewaan? Perlukah aku teruskan. 'kepala kata jangan gelojoh, hati pula kata pergi'..
Aku pernah berjanji yang takkan ku endah lagi andai hadir cinta yang sama semula(dari orang yang sama) selepas dikecewakan. Tapi aku juga manusia biasa yang tak mampu menolak andai di hati masih tersisa rasa cinta. memang aku masih menyayanginya walaupun beberapa kali aku pernah kecewa.
Aku manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesalahan. dan aku juga tak mampu menolak takdir. Takdir yang mempertemukan dua hati yang asalnya saling tak mengerti. takdir yang memaksa aku meninggalkannya. Takdir yang mempertemukan aku dan dia kembali. Takdir tertulis bahawa, benar, Aku masih menyayanginya..
Mengapa susah untukku buang rasa sayang ini? Aku cuba bertegas dengan hati aku sendiri, tapi hati aku menafikan andai aku terpaksa membencinya. Aku tak bisa membenci orang yang pernah aku sayangi..
Aku pun tak mengerti, apa penangannya pada diriku sehinggakan susah bagiku untuk melupakannya meski hatiku pernah terluka kerananya. 'Biar dicerca, biar dihina, aku setia pada cintanya'...

Saturday, 15 October 2011

Laguku Untukmu...


'HARUSKAH' aku menanti cinta yang satu ini? Sedang semua seakan 'KISAH DONGENG' sahaja. Adakah cinta aku pada dia hanya 'ILUSI?' Aku haqrus faham 'SITUASI' aku yang tak sempurna.
kadang-kadang aku terkilan, tapi aku tak boleh judge semua lelaki 'itu KASANOVA'. meskipun terdetil di hati, ingin ku katakan padanya bahawa hati ini 'HATI YANG KAU SAKITI', namun aku tak mampu menidakkan perasaan ini. Biarpun sakit, aku 'SETIA PADA CINTANYA'......
Dia adalah 'AHMAD'...........................
(Adam af2, Stacy af6, Adira af8, Bunkface, Rossa, Sit Nurhaliza & Arora Salwa)

Thursday, 13 October 2011

Aku Selalu Cinta..

Kamu tanya aku menjawab,
Kamu minta aku berikan,
Kusayangi kamu..

Ku bicara kamu yang diam,
Ku mendekat kamu menghindar,
Separah inikah kau dan aku?

Bagaimana bisa aku tak ada di setiapmu melihat,
Sementaraku ada,
Bagaimana bisa kamu lupakan yang tak mungkin dilupakan
Aku selalu cinta selalu cinta,

Kamu hilang, aku menghilang
Semua hilang yang tak ku kira
Jangan tanya lagi tanya mengapa….

Monday, 10 October 2011

I in Blue n Black..

selepas macam-macam aku luah perasaan aku pada Razikki, marah, terkilan, geram dan banyak lagi bercampur baur. Sekarang baik aku buat koleksi aku..my blue black


on the way nak blik kg.


dgna anak sedara,Balqis

termenung sendirian..

Crazy Love

I hate the way you walk,
Hate the way you talk
Hate the way you look at me,
I hate the way you smile,
Hate those big brown eyes,
Cause I know they’re not for me,

Cause we can never be more than friends,
And it’s hurt me,
Everytime I close my eyes,
All I see is you,
And this crazy love,
This crazy love,

I hate thinking of you,
Cause every time I do,
I just keep on missing you,

And I hate the way I feel,
Every time you’re near,
Cause it feels like time is standing still,


I hate it when you’re blue,
And how I care for you,
I hate the way my heart decides,
And I hate those sleepless night,
And the pain I keep inside,
But I keep on pretending it’s alright,

This crazy love…

I don’t know what to do,
Hate me for loving you,
Cause I know it’s wrong for me to say,,
I LOVE YOU..

Sunday, 9 October 2011

Aku Dan Sebuah Pengorbanan

Cerita ni dah lama aku tulis, dan pernah aku publish kat facebook. Tapi hari ni sekali lagi aku terasa ingin sangat-sangat publish kat blog,,sempena ahri ini,,tanggal 10.10.04..takdir mempertemukan aku dan gkie...
Hari ni genap 7 tahun aku membina impian sendri, bersamanya, namun kini hanya tinggal impian, yang tak terrealisasi..
                                                   *               *                 *                  *


                Lenaku dikejutkan dengan bunyi deringan telefon. Aku sudah dapat mengagak,siapa di talian. Aku segera bingkas bangun dan terus berlari ke ruang tamu untuk menyambut panggilan tersebut sebelum ibuku yang menjawabnya. Ternyata tekaanku tepat sekali,siapa lagi yang menelefonku di pagi hari minggu sebegini kalau bukan buah hatiku,seorang insan yang mesra ku panggil Zack.
Zack temanku disekolah. Perkenalan kami yang sesingkat itu telah membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Namun sifat maluku yang menebal membuatkan kami tidak ‘semesra’ pasangan lain di sekolah. Hanya telefon menjadi penghubung kepada hubungan kami. Itupun hanya di hari minggu kerana aku tinggal di asrama,dan aku tidak menggunakan telefon bimbit pada waktu itu. Itu semua kerana peraturan ayah yang tegas telah menetapkan. Namun begitu,kami tetap dipandang sebagai ‘top couple in the year’. Kami sering jadi bahan ‘gelaran’ di antara pelajar di sekolah. Mungkin kerana nama kami yang hampir serupa,iaitu Zira&Zack,atau selalu dipanggil,’double Z’.
Teman seasramaku Sarah,yang juga teman baikku yang selalu menjadi ‘posmen’ antara kami. Biarpun aku dan Zack tidak seperti pasangan lain,namun aku bersyukur atas perkenalan aku dan Zack. Dia selalu memberi semangat tika aku kehilangan,memberi aku kekuatan tatkala aku diuji,dan mengajarku erti sebuah kehidupan. Hidupku yang dahulunya sunyi,kini terasa berteman. Meski Zack tidaklah selalu disisiku,namun aku selalu merasa kehadirannya.

Lamunanku hilang apabila suara nyaring ayah memanggilku. Aku segera mendapatkan ayah sambil membawa segelas air bagi menghilangkan kehausan ayah yang baru pulang dari kebun. Sesekali aku terfikir,kasihan ayah,di kala umurnya kian senja,namun masih mengerjakan tanah peninggalan arwah atukku yang tak pernah ku kenali. Segalanya adalah untuk membesarkan aku dan adik beradikku disamping gaji sebagai guru di sekolah rakyat. Apatah lagi kini ayahku sudah bersara sebagai guru,jadi mata pencariannya bergantung sepenuhnya atas hasil getah yang menitik. Meskipun tanah getah ayah dikerjakan oleh pekerjanya,namun seseakli ayah perlu ‘turun padang’. Namun aku melihat ayah,bukan sesekali ‘turun padang’,tapi tiap-tiap hari. Bagikan sudah menjadi rutin harian ayah.

“Zie,yang kamu berdiri terpacak di situ tu,kenapa?” Soal ayah mengejutkanku. Aku beralih merapati ayah lalu menghulurka air untuk ayah.
“Maaf ayah.” Ujarku perlahan sambil tersenyum. Ayah mencubit mesra pipiku. Aku masih tersengih seperti kerang busuk.
“Zie,ayah ada sesuatu nak tanya pada Zie.” Ayahku mulakan bicara setelah letihnya hilang.

“Zia ada berhubung dengan siapa-siapa tak? Dalam waktu Zie cuti ni,bil telefon melambung tinggi. Bulan-bulan sebelum ni tak pun macam ni. Ayah tengok,nombor sama sahaja yang didail. Zie ada telefon siapa?” Suara ayah masih mengendur. Aku pula semakin menggelabah,namun kucuba untuk menyembunyikan kerisauan yang bermain di fikiranku.

“Kawan Zie,ayah.” Ringkas jawapanku dengan harapan ayah tidak bertanya panjang lagi. Namun jangkaanku meleset sekali.

“Kawan? Betul ke kawan? Kalau kawan,takkan sampai hampir sejam telefon. Takkan la hampir setiap hari pula tu.” Ujar ayah. Aku terdiam.

“Zie,ayah tak pernah ajar anak ayah menipu. Lebih baik Zie terus terang,daripada ayah dapat tahu sesuatu yang ayah tak mahu tahu.” Suara ayahku sedikit tegas lalu meninggalkan aku sendiri yang masih berteleku di birai pintu. Fikkiranku merawang jauh.

Tidur pagiku dikejutkan dengan suara ibu yang mengejutkanku untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama. Aku bingkas bangun sambil menahan mulutku dari menguap. Selesai megangkat wuduk,aku segera ke ruang solat,kelihatan ayahku,ibuku dan abangku sudah bersiap sedia untuk bersolat. Nampaknya aku yang terlewat.

Pagi itu abangku terpaksa ke sekolahnya. Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran baru bermula. Kini tinggal aku dan ayah bersama ibuku di rumah. Rasa bosan menyelubungi diri. Rasa rindu juga menghantui fikiran.

 “Zie,siapa Zack?” Pertanyaan ayahku secara spontan membulatkan anak mataku. Ayah kini duduk benar-benar menghadapku.

“Kawan.” Jawabku perlahan sambil menguis-nguis pasir di kaki. Tak berani rasanya untukku menatap wajah ayah. Namun aku tetap berlagak tenang.

“Zie,ayah tak pernah ajar anak ayah menipu. Ayah memang tak percaya kalau Zie kata Zack hanya kawan Zie. Kalau kawan,takkan hampir setiap hari telefon. Sampai tengah malam. Cuba Zie cerita pada Ayah. Aku masih terdiam seribu bahasa. Kelu rasanya lidah untuk berbicara.

“Kalau Zie tak mahu bagitahu ayah,tak apa. Tapi ayah takkan teragak-agak untuk pergi jumpa dengan budak bernama Zack tu.” Nada suara ayah semakin keras.

“Apa ayah nak buat?” Aku masih bertanya walau dihati menyimpan segunung kebimbangan.

“Ayah nak ajar dia. Ayah tak mahu berlaku benda buruk pada anak ayah.” Kata-kata ayah bagaikan memaku diriku sejenak. Ayah bingkas bangun. Namun sempat aku menahan ayah dari berlalu.

“Ayah,dengar dulu kata-kata Zie. Zack tak salah. Dia tak pernah buat apa-apa pada Zie. Hanya Zie yang tergila-gilakan dia,sedang dia tak. Kami tak bercinta. Bagaimana nak bercinta kalau hanya Zie yang sukakan dia,sedang dia tak sukakan Zie. Ayah tolong la faham.” Aku merayu di hadapan ayah. Aku tahu,aku telah menipu ayahku,namun aku tiada pilihan. Ketegasaqn ayahku memaksaku melakukan semua itu. Dalam masa yang sama,aku bagaikan menjual maruahku sendiri.

“Tak,ayah tak percaya. Jangan ada sandiwara depan ayah. Kalau Zie rasa masih mahu teruskan pelajaran Zie,lebih baik Zie berterus terang.”

“Ayah,betul apa yang Zie cakap. Zack tak ada kena mengena dalam hal ni. Zie yang salah.” Aku masih menegakkan hujahku meskipun aku tak ubah seperti menegakkan benang yang basah.

“Zie ingat,jangan sampai ayah hantar Zie jauh dari orang ramai! Jangan paksa ayah ‘ajar’ Zie,sama macam kakak. Ingat tu.” Ujar ayah  tegas sambil menolaku ke belakang dan memukulku. Aku menangis sendiri. Selama ni,ayah tak pernah berkasar terhadapku. Namun aku terima,ini semua salahku.

Aku terpaksa mengorbankan diriku semata-mata mempertahankan sesuatu,yang aku sendiri pun tak pasti penghujungnya.

Takbir Syawal bergema dari masjid mengajak kaum muslimin menunaikan tanggungjawab solat sunat hari raya. Aku dan keluargaku pulang beraya di kampung. Kami semua bergembira. Aku mencari sedikit ruang waktu ketenangan,untuk melupakan sedikit ‘kesakitan’ semalam.

“Ze,mari sini.” Panggil ibuku sewaktu aku masih leka melipat telekung solat. Kemudian aku berjalan menuju ke arah ibuku. Kelihatan ibuku sedang bercakap dengan seorang perempuan yang sudah berumur,dan bersamanya ada seorang gadis yang masih remaja,mungkin sebayaku.

“Ada apa mak?” Soalku.

“Zie,ni ustazah Idah,sepupu mak. Yang ni Humaira,anak ustazah. Sudah lupa ke?” jawab ibuku. Aku menghulur tangan bersalaman dengan mereka.

“Ni Zie? Sudah besar panjang,sama umur dengan Humaira bukan?” Soal ustazah Idah yang selalunya aku panggil kak Dah.

“Ya Kak Dah. Tahun depan masuk tingkatan 4.” Jawabku.

“Tahun depan,ustaz Zakwan akan mengajar di sekolah yang Zie belajar sekarang.” Ujar ustazah Idah. Terdiam aku sejenak.

“Eh,baguslah! Boleh tolong tengok-tengokkan anak abang Mat ni.” Tiba-tiba ayahku datang menyampuk. Entah dari mana datangnya,’tiba-tiba muncul’. Gerutuku di dalam hati. Ayahku memandang tepat kerahku sambil tersenyum.

Aku memandang ke arah kalendar,aku meneliti setiap hari yang berlalu. Kira-kira tinggal tak sampai sebulan lagi persekolahan sesi hadapan akan dibuka. Aku merasakan ada sedikit butir-butir kerimasan bermain di fikikirannku. Lalu aku mengajak Suzie,teman rapatku untuk datang ke rumahku. Petang nan hening itu,Suzie datang ke rumahku. Aku menceritakan hal sebenar kepadanya. Suzie hanya termenung,sedikit terperanjat apabila mendengar keputusanku. Aku nekad! Aku tiada pilihan lain.

Malam itu aku nekad.kisahku harus ada penghujungnya. Suaraku berbaur kerisauan di hujung talian sewaktu aku menelefon Zack. Tanggal 11 disember aku menelefonnya hanya untuk memutuskan hubungan cinta aku dan Zack. Sudah ku agak,Zack terkejut dengan keputusanku yang mendadak,apatah lagi aku hanya memberi kata putus padanya tanpa menceritakan sebab dan situasi sebenar yang sedang aku alami. Bagiku,biarlah semua itu menjadi rahsia dan akan ku simpan hingga hujung hayatku. Namun aku sedikit terkilan apabila Zack seakan-akan tidak dapat menerima keputusanku untuk meninggalkannya lalu menuduh aku pentingkan diri.

Bersaksikan bulan dan bintang,aku menangis sendiri di birai jendela. Memikirkan tindakan yang baru ku lakukan. Memutuskan kisah cintaku dengan seorang insan yang ku amat ku sayangi bukannlah sesuatu yang mudah untukku lakukan,namun aku tiada pilihan lain. Aku terp[aklsa mengorbankan perasaanku sendiri,demi sebuah kehidupan. Aku mencapai sekeping kertas dan sebatang pena,lalu ku luahkan isi hatiku,sambil air jernih tak henti-henti mengalir dari kelopak mataku. Berkali-kali ku seka ia dari mengalir,namun ia tetap mengalir laju,seperti air terjun yang mengalir deras,tanpa bisa dihalang.

‘Kekasihku,maafkan aku tika dan saat ini,andai aku terpaksa memutuskan hubungan kita lantas meninggalkanmu. Namun ketahuilah,aku tiada pilihan lain. Mungkin ia tampak pelik. Kerana hakikatnya,sayangku dan cintaku yang menggunung padamu yang memaksaku memutuskanmu,supaya kau bias hidup bahagia,meski aku tiada bersamamu. Maaf jika bagimu aku mementingkan diri,namun ku ingin kau tahu,realitinya adalah sebaliknya.. Maafkan aku,Zack………-Zira’

Persekolahan bagi sesi baru sudah dibuka. Seperti biasa,aku terpaksa tinggal di asrama kerana jarak rumahku dan sekolahku yang agak jauh. Keputusan peperiksaan bagi sesi lepas juga telah diketahui. Aku menjadi antara pelajar terbaik di sekolah. Aku dan rakan-rakanku yang lain seperti Amy,Shila dan ramai lagi mendapat tawaran ke sekolah yang lebih baik. Kawan-kawanku kelihatan gembira sewaktu menerima surat tawaran tersebut,namun aku masih terasa berat hati untuk meninggalkan sekolah yang telah banyak meninggalkan memori di hatiku.

 “Zira,kau nak pindah,sama dengan yang lain juga ke?” Soal Sarah.

“Entah,aku pun tak pasti. Aku sebenarnya berat hati nak tinggalkan sekolah ni. I’ve no any decision yet.” Ujarku tak pasti.

“Aku tahu,tentu kau rasa berat hati untuk meninggaljan Zack,bukan? Tapi,bukan ke sebenarnya u all sudah clash?”

“Mana kau tahu?” Anak mataku tepat memandang anak mata Sarah. Tergaman seketika aku apabila mengetahui yang berita perpisahan antara aku dan Zack sudah diketahuinya.

“Zack bagitahu aku. Takkan la dengan aku pun kau nak berahsia? We’re friend.” Ucap Sarah. Aku hanya tersenyum mengangguk.

“Aku harus pergi,Sarah.” Ujarku perlahan setelah suasana senyap seketika.

“Zira,kau pasti dengan keputusan kau? Kau tak sayang aku ke?” Tanya Sarah seperti anak kecil merengek minta disusui.

“Sudah tentu aku sayang kau. Kau dah macam kakak aku. Aku pergi demi mengejar cita-cita aku. Bila cuti,kita boleh jumpa.” Balasku. Aku masih tersenyum memujuk Sarah,sambil menyembunyikan rasa sebenar di hati.

Aku tinggalkan sekolah,tempat aku mendapat ilmu,yang menjadikan aku seorang insan yang berguna dengan rasa berat di hati yang menggunung. Aku tinggalkan seseorang yang banyak mengajarku erti kehidupan dengan seribu satu rasa bercampur baur dalam hati. Hanya Allah sahaja yang tahu pengorbananku.

Aku kini sudah berada di sekolah baru. Aku juga harus mulakan hidup baru,tanpa Zack yang selalu’ menyambut’ kedatanganku setiap pagi dengan senyuman bisu.

Di petang nan sunyi,ayah datang ke asrama di sekolah baruku. Pada waktu itu aku tiada di asrama kerana pulang ke sekolah lama atas urusan pertukaran sekolahku yang belum selesai. Hampir sejam ayah dan ibuku menungguku di pondok menunggu.

 Aku bersama temanku,Ifrah yang baru tiba di perkarangan asrama terkejut melihat kelibat ayah dan ibuku. Dari jauh aku dapat melihat wajah ayah yang mencuka. Ibu pula hanya memandang kosong ke arahku. Dari raut wajah ayah,aku sudah dapat baca,pasti aku akan dimarahi selepas ini. Aku berjalan menghampiri mereka bersama Ifrah. Aku cuba sedaya upaya menyembunyikan kebimbangan yang bermain di hati. Aku menghulur tangan,lalu bersalaman dengan ayah dan ibuku sambil tersenyum.

“Dari mana?” Pertanyaan ayah ringkas bersama riak wajahnya yang langsung tidak mempamerkan keceriaan.”

“Zie dari sekolah lama. Ada urusan pertukaran sekolah yang belum selesai. Zie sudah siapkan bersama Ifrah.” Jawabku perlahan.

“Zie pulang ke sekolah lama? Kenapa dengan Zie ni? Rindu mahu pulang ke ‘tempat’ lama? Atau rinduka seseorang?” Jerkah ayah mengejutkanku. Beberapa orang di sekelilingku memandang ke arahku. Aku hanya tunduk membisu sejenak sebelum cuba mempertahankan diri.

“Ayah,Zie sudah bagitahu ayah,Zie ada alas an Zie sendiri. Ayah jangan salah faham.” Aku masih cuba membela diri.

“Zie,dengar sini,ayah tak mahu dengar lagi berita Zie pulang ke solah lama. Bagi ayah,sekali ludah,ayah takkan jilat balik. Kalau Zie mahu belajar di sekolah lama Zie sebab rindu sangat pada budak lelaki tu,Zie buatlah. Tapi ayah mahu Zie tahu,Zie harus tanggung sendiri perbelanjaan Zie. Satu sen pun ayah takkan bagi kalau tu pilihan Zie.” Nada suara ayah semakin meninggi. Ayah langsung tidak menghiraukan mata-mata di sekeliling yang asyik memandang.

“Ayah tak perlu bimbang,Zie akan terus belajar di sini. Zie tak akan kembali ke solah lama. Ayah percayakan Zie. Zie anak ayah.” Ujarku memandang ke arah anak mata ayah. Aku hanya tersenyum untuk meyakinkan ayah. Lalu aku menghulurkan satu bungkusan kepada ayahku.

“Ayah,ini hadiah Zie dapat sebagai antara pelajar terbaik di sekolah sesi lepas. Ayah jangan bimbang. Zie tahu jaga diri.” Aku kemudian berjalan menghampiri ayah dengan lebih dekat lagi. Aku merapatkan bibirku dengan telinga ayah sambil berbisik.

“Zie anak ayah,Zie bukan seperti kakak.” Aku tersenyum.

Aku bersalam dengan ayah dan ibuku lalu mereka meninggalkan aku. Aku bersama Ifrah berjalan menuju ke bilik. Di pertengahan jalan,aku sempat berbisik kepada Ifrah..

“Kau simpan apa yang terjadi sebentar tadi. Jangan bagitahu sesiapa,termasuk Zack,sehingga suatu waktu akan tiba,Zack akan tahu jua.” Bisikku kepada Ifrah

                                                *             *             *             *             *             *
Aku termenung di hadapan laptop. Satu per satu lagu yang berkumandang dari laptopku menyentuh perasaan.

“Zie,study ke termenung?” Satu tangan lembut teman sebilikku meneyentuh di bahu,membawa aku kembali ke dunia realiti. Suatu realiti yang sekarang aku sudah bergelar pelajar universiti,bukan lagi pelajar sekolah. Aku juga sudah kehilangan salah satu anugerah Tuhan yang pernah diberikan lpadaku suatu masa dahulu. Aku kini lumpuh.

“Zie,whats wrong?” Tanya teman sebilikkuku,Ada sekali lagi.

“Nothing. Sedang fikirkan idea untuk siapkan cerpen terbaru.” Ujarku cuba berdalih.

“Zie,I know you. Dari tadi Ada tengok,Zie asyik termenung. Zie fikirkan masa lampau Zie? Lets bygone be bygone. Benda sudah lepas.” Tutur Ada.

“Yes.” Aku hanya mengangguk lesu.

“Zie tahu tak,Ada bangga punya teman seperti Zie. Zie tabah,kuat semangat,berani mencuba sesuatu,dan Zie punyai kelebihan tersendiri,yang tak semua orang miliki.”

“Kelebihan? I lost my ability to walk. Adakah itu satu kelebihan?” soalku kembali kepada Ada,menyangkal kata-katanya.

“Zie,jangan hanya pandang pada satu kekurangan. Ada tahu itu,sebab tu,bagi Ada,Zie seorang yang tabah. Zie punyai kelebihan. Zie pandai menjahit,pandai masak,walaupun semua tu bukan senang untuk dilakukan oleh Zie. Yang paling jelas,Zie punyai kelebihan mengarang. Zie boleh buat cerpen,novel. Zie miliki bakat tersendiri. Ada akui,kalau Ada,memang fail bab mengarang ni.” Ujar Ada tersengih. Aku dapat melihat keikhlsannya.

“Thanks,Ada.”

“Welcome. Boleh Ada tanya? Zie masih rasa keseorangan?” Pertanyaan Ada membuatku tersentak. Tanpa berkata sepatah,aku hanya mengangguk bisu. Mengiakan pertanyaan Ada yang hati aku masih kosong,belum terisi.

“Sampai bila Zie harus begini? Tak terfikirkah di fikiran Zie untuk terima insan lain di hati Zie? Yang berlalu biarlah berlalu pergi. Lagipun tak salah kalau…”

“Tak,semua tu takkan berlaku. Jangan suruh Zie balajar berhenti berharap dan belajar menerima insan lain dalam hati Zie. Hingga nafas Zie yang terakhir,Zack tetap di hati Zie. Mungkin selamanya Zie tak mampu menghapuskan namanya dari hati Zie. Andai ditakdirkan Zie harus keseorangan hingga ke akhir hayat Zie,Zie terima. Mungkin ni balsan yang harus Zie terima atas kesilapan Zie meninggalkan dia suatu ketika dahulu.” Ucapku panjang lebar memotong kata-kata Ada.

“Tapi bukan salah Zie tinggalkan dia. Semua tu bukan kehendak Zie. Zie telah melakukan satu pengorbanan.” Aku mengangguk. Kata-kata Ada benar.

“Biarlah Zie menjadi lambing sebuah pengorbanan.”

Perlahan-lahan aku menghampiri Ada. Aku hanya tersenyum tawar ke arahnya. Sambil menyembunyikan perasaan sebenar dalam hati..

Aku mengusap lembut di belakang badanku. Bagaikan masih terasa tamparan ayahku padaku suatu masa dahulu,namun kini yayku telah kembali menemui penciptanya. Sedikit perasaan terkilan ku apabila memikirkan,inilah tamparan pertama dan terakhir dari ayahku,hanya kerana melindungi seorang lelaki yang kini sudah jauh dariku. Aku melepaskan keluhan berat di dada.

~AKULAH LAMBANG SEBUAH PENGORBANAN..~







 

Saturday, 8 October 2011

Dia Bukan Untukku...

Tika dan waktu ini,,aku bagaikan di persimpangan keliru. Aku buntu dengan keputusanku sendiri. Aku tak tahu,apa yang harus aku lakukan. Aku terikat dengan prinsip-prinsip hidupku tersendiri..Biarpun ada yang menganggap prinsipku bodoh,namun itulah aku..
Aku mencuba untuk setia, setia yang tiada tara, namun apa yang aku dapat di penghujung kesetiaanku?
Di penghujung cinta, bisanya orang bahagia, namun berbeza dengan aku. aku hanya menemui kepasrahan dan kekecewaan. Sayang aku satu, setia aku hanya pada seorang, tapi akhirnya, aku ditolak.
Bukan mudah untuk aku jatuh cinta, dan bukan mudah unyuk aku melepaskan cinta. bagi aku, cinta yang hadir dalam hidup aku, itulah yang akan ku jaga semampu aku.
Dan cinta itu pernah hadir, bersama seorang lelaki yang telah berjaya membuka ruang hatiku, mengetuk pintu hatiku, lalu ku jemput ia masuk, lantas bertakhta di hatiku. Dialah AHMAD RAZIKKI B. ROSLI. bagi aku,dialah cinta pertama aku dan akan ku jaga ia hingga ke cinta terakhirku. Pada waktu aku masih muda untuk mengenal cinta, ia hadir memberiki rasa itu. Rasa yang selama ini tak pernah aku rasakan. bahagia mula melingkari di hidupku, rasa berteman mula hadir, lalu mengusir rasa sepi yang sekian lama bertandang di lubuk paling dalam di kamar hatiku.
Dan aku telah berjanji, akan aku jaga cinta itu semampunya. Takkan ku sia-siakan.
Namun takdir tak berpihak padaku. Dia terpaksa ku tinggalkan. mungkin di mata manusia, sebab aku meninggalkan dia adalah tak wajar. Aku hanya meninggalkan kekecewaan buatnya. Namun tak siapa tahu, betapa berat hatiku untuk meninggalkan seorang yang aku sayangi. Aku pergi kerana terpaksa, demi menyelamatkan keadaan. Secara tidak lansung, menyelamatkan dia dari menjadi mangsa keadaan. Namun tak pernah ia mengerti.
Aku tak salahkan dia. Cuma aku terkilan bila aku dituduh pentingkan diri. Berkali-kali aku membela diri, namun semua itu bagaikan angin yang berterbangan. baginya alasan ku tak wajar.
Aku terpaksa aku dan menerima keadaan..
Mungkin aku tak sempurna untuknya, atau DIA BUKAN UNTUKKU..
Meski sayang aku padanya masih menggunung, dia telah memutuskan aku. kini aku terpaksa pergi dari hidupnya, mungkin untuk sselama-lamaya..
Selamat tinggal..
Biarlah kisah cinta ghan gkie hanya sebagai momen terindah sahaja...Selamat tinggal masa laluku.

Saya Sayang Awak..

. . SAYA SAYANG AWAK . .

bila ada orang kata ,
"sy SAYANG awk . .”

... sy cuma nak tanya ,"BETUL ke awk SAYANG sy ?”

sya cuma nk minta . .
“kalau betul awk sayang sy, jangan biar sy terus bergelumang dengan DOSA . .”

“kalau betul awk sayang sy , jangan biar sy TERSALAH ARAH”

“kalau betul awk sayang sy , TUNJUKKAN sy ke arah KEBAIKAN”

“kalau betul awk sayang sy , tolonglah sy . . agar kasih sayang antara kita ,
BUKAN hanya di dunia , tapi hingga ke syurga . .”

kalau TIDAK , maka janganlah pernah ungkapkan ”SAYA SAYANG AWAK . .”
->>> sebab saya TAKUT, kata sayang itu . . hnya gula² dibibir awak . yg SIA-SIA , tdk memberi sebarang makna . . menyebabkan ia menjadi ayat BIASA yang tiada HARGA lagi . .

kerana 'sayang' tidak akan membiarkan yang disayangi MENZALIMI DIRI . .






Aku buntu...

termenung fikirkan masa depan,,akhirnya terdampar d persimpangan buntu,,

Friday, 7 October 2011

Betapa Perasaan Aku..

izinkan hati berbicara,
mengungkap rasa yang terpendam di hati,
rasa yang sekian lama tersimpan,
terpendam jauh di lubuk hati.
Tatkala diri cuba mencari secebis sinar,
bg menerangi jalan hidup ini,
banyak rintangan yang aku tempuhi,
entah bagaimana harus aku lalui..

Aku seorang insan,yang hidup tegak atas prinsip sendri,
aku selesa dengan prinsip-prinsipku,
prinsip yang telah wujud dalam hidup ini semenjak dulu,
dan telah menjadi fitrah bagiku..
biarpun kadang-kadang prinsipku dilihat bodoh,
bodoh di mata orang lain,
namun aku tak kisah,biarlah aku hidup tegak atas prinsip sendri,
sama seperti kita manusia,hidup berpegang pada akidah agama.

Sungguhpun aku bingung,bingung dalam hidup,
aku harus jadi macam mana?
aku cuba setia,tapi kesetiaanku tak dihargai,
aku cuba ikhlas,tapi keikhlasanku tak difahami,
aku cuba jujur,tapi kejujuran aku dipermainkan..

Rasa sedih yang menyulubungi diri ini,
tak siapa yang memahami,tak siapa mengerti,
aku cuba buat dia faham,
tapi aku yang kecewa,
betapa aku menyayangi dia,ikhlas menerima dia apa adanya,
namun akhirnya dia yang mengundur diri,
melepaskan aku untuk orang lain,
orang lain? siapa?
siapa 'orang lain ' dalam hidup aku?
tak ada siapa insan yang aku cintai,selain dia.

Biarlah aku tetapkan setia aku sendiri,
biarpun orang tak pernah cuba mengerti dan memahami,
Tuhan yang tahu,,
betapa perasaan aku..

Tuesday, 4 October 2011

Hati ini berbicara..

Sedih, terkilan, luka dan pedih yang dirasai oleh hati ini pda keadaan,,pada teman-temanku,tak ku ceritakan. Niatku untuk menjaga hari mereka, biarpun hati aku yang terhiris.
Apaperlu aku lakukan bila aku stress,,ada pula teman yang menyuruhku melakukan sesuatu seakan mendesak.. untuk menolak,aku tak sampai hati..apa perlu aku lakukan??
AKU STRESSSSSSSSS...
Kisahnya...

Bila Jie Melaram...

ni wajah time aku biasa-biasa jer..xde ape2 event pntg...hehehe
Tapi bila time aku nak melaram,,time x berapa btul,,cam ni lar jadinye...hehe
Ada beza x???kuikuikui




Saturday, 1 October 2011

Siapakah Insan Yang Tercipta Untukku??


I Believe


       When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you

He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
If God wills we'll meet one day

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace
 
     I believe I believe, I believe I believe